Tuesday, June 8, 2010

penghujung asa

bila asa sudah hilang
semangat jadi lebur
hati jadi beku
gerak jadi kaku

Tuesday, February 16, 2010

WARDINA SI MERAH DI KB MALL 14 FEB 2010


cita-citaku hendak jadi cantik dan berani macam si humaira' yang atas ini, menjadi seorang isteri, taat pada suami, tiket masuk syurga akhirat nanti, tamat...

Monday, December 28, 2009

ORANG BAIK

usaha setiap hari menjadi orang baik, membantu orang setiap kali dipinta, sedikit atau banyak bantuan yang diperlu, aku akan buat sehabis yang aku mampu, tak kira sahabat lama, baru atau yang pertama kali aku jumpa, ia jadi benda wajib kerana aku takkan tahu bila pula masa aku akan perlukan pertolongan orang lain, mungkin orang akan melihat aku seperti 'berlebih-lebihan' tetapi aku bukannya hendak mengampu atau membodek sesiapa, akan aku tolong sesiapapun kerana aku sayang pada semua orang, bodohnya aku.

Friday, December 18, 2009

Teh... doaku buatmu...



teh afifah syahirah, ketabahan hatimu membuat aku terpaku, akan kuusahakan diri menjadi muslimat yang solehah sepertimu, Al-Fatihah buat Allahyarham suamimu, Mohd Arif...

Thursday, December 10, 2009

MELAUN ARIFF... (PENGGANTI) DIA BUKAN KULI GERAI TEPI JALAN

ABDUL ARIFFAHMI AB. RAHMAN - COO dari 1 Januari 2009 hingga 19 september kemudian CEO PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN (PMBK) dari 20 September 2009 hingga 23 Mac 2010, khabarnye...

"kata tok guru datuk nik abdul aziz nik mat pada sidang media khas di pejabatnya 9 Disember 2009 - Apabila dia (menantu) keluar, saya kena cari orang lain dan orang lain tu bukan orang sebarangan, boleh jadi orang yang telah bekerja. Sekiranya orang baru itu ingin berhenti untuk menduduki jawatan baru di PMBK, dia terikat pula dengan tempoh itu dan tempoh ini, kena bayar elaun apa semua sekali bukan senang. Bukan boleh tolak-tolak macam buang kuli di gerai tepi jalan, tak boleh"

Tuesday, December 1, 2009

saya yang lebih tahu tentang undang-undang Islam...


"Saya yang lebih tahu tentang undang-undang Islam, (saya) professor madya dalam perundangan islam….tapi orang-orang awam anggap mereka (Pas) berjuang Quran dan hadis, Quran dan hadis, termasuklah lebai-lebai ternakan Nik Aziz…"
petikan daripada Al-Ustaz Mohd Nor b Deris, bekas pensyarah fakulti syariah, Akademi Islam, Universiti Malaya, bekas anggota dewan ulama’ Pas ‘81 – ’88, masuk UMNO 1999 hingga kini.

-gambar dari ‘demonstrasi’ anjuran penyokong UMNO depan Kota Darul Naim pada 1 Disember 2009 menuntut Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletak jawatan