Thursday, March 26, 2009

Momen Yang Utama : Selak Degup Alam Raya


Cahaya terang menembusi

Bagai sebuah kisah misteri

Kau mungkin … asing

Kau mungkin …

pernah ku kenal sebelum ini

Resah gelisah dibuatnya

Bagai sebuah cereka cinta

Haru … biru

Kelam … jiwaku

Semakin kacau

Siang malam termimpi mimpi

Pagi petang tercari cari

Tiap saat ternanti nanti

Kau masih tiada disisi

Apakah ini satu mimpi

Terasa bagai sebuah ilusi

Ilusi … mata

Mainan … jiwaku

Semakin kacau

Haru … biru

Kelam … jiwaku

Semakin kacau


(TERIMA KASIH PESAWAT)


Thursday, February 26, 2009


(mana satu antara tiga di atas ini Abdul Samad Said? cuba teka...)
PPSMI: A. Samad Said sedia hilang gelaran
(dipetik dari Utusan Malaysia)

KOTA BHARU 25 Feb. - Datuk A. Samad Said sedia kehilangan gelaran dan penghormatan sebagai Sasterawan Negara dalam memperjuangkan pemansuhan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau berkata, gelaran tersebut tidak penting bagi dirinya kerana perjuangan untuk memartabatkan bahasa Melayu lebih utama bagi kelangsungan anak bangsa pada masa depan.

"Kalau hendak ambil (gelaran), ambillah sekarang, perjuangan mesti diteruskan, ia langsung tidak menyentuh saya, kalau fikir itu besar sangat ambil dan simpan sajalah.

"Saya sudah umumkan dulu, saya bukan Sasterawan Negara, saya lebih senang dipanggil sasterawan rakyat," katanya pada sidang akhbar bersama Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) di sini hari ini.

Sidang akhbar tersebut diadakan sempena 'road show' anjuran GMP di negeri ini untuk menghimpunkan 100,000 rakyat bagi mendesak kerajaan menghapuskan PPSMI di depan Istana Negara, Kuala Lumpur, 7 Mac ini.

A. Samad yang juga merupakan penasihat GMP berkata, beliau tidak akan berhenti menegur semua pihak terutama dalam isu bahasa walaupun mengetahui kebenaran itu perit.

"Memang dulu, saya seorang sasterawan yang 'berkira-kira' oleh kerana golongan elit yang berkuasa adalah rakan-rakan saya, semuanya saya kenal, kalau bercakap saya tidak mahu sentuh kecuali ada pemimpin yang inginkan fikiran saya secara jujur dan total.

"Sebelum saya pergi haji, sikap saya terlalu menjaga hati walaupun benda itu salah, saya tidak berani menegur tetapi semenjak saya pulang, saya sudah bersedia untuk berkata benar walaupun memeritkan, kalau betul saya sokong," katanya.

Katanya lagi, Kementerian Pelajaran yang masih mempertahankan PPSMI seolah-olah tidak yakin dan percaya dengan bahasa sendiri untuk menjadi medium bagi rakyat menimba ilmu.

Justeru itu, jelas beliau, perjuangan untuk meyakinkan kerajaan akan diteruskan dan semua pihak tidak perlu memandang serong tindakannya berada di atas pentas Pas bagi mempertahankan bahasa Melayu.
"Saya hanya mencari pentas, kalau ada orang yang sediakan pentas, apa salahnya saya berada di sana untuk memperjuangkannya supaya tidak nanti anak cucu kata kita tidak pertahankan bahasa ibunda, tidak nanti mereka kata nenek moyang kita buat.

"Perjuangan saya hanya mendaulatkan bahasa, saya bukan orang politik dan saya tidak fikir akan jadi orang politik, barangkali saya akan menyertai mana-mana parti secara bukan orang politik, tetapi ikut isu yang mesti diperjuangkan," katanya.

Sekiranya kerajaan masih berdegil, beliau meminta rakyat supaya menggunakan kuasa untuk menterjemahkan ketika pilihan raya dengan mengundi menolak pihak yang tidak mendaulatkan bahasa Melayu.

Friday, February 6, 2009

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Kota Darul Naim pada bulan Mei 2008
Bangunan Perak Darul Ridzuan di bandaraya Ipoh yang diceroboh perompak Barisan Nasional(BN) pada Februari 2009

(SURAT MB PERAK KEPADA SULTAN)
5 Februari 2009

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.


Assalamualaikum


Ampuan Tuanku,


Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.


Ampuan Tuanku,


MERAFA' SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN


Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.


Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:


1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.


2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahawa Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.


Ampuan Tuanku,


Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.


Ampuan Tuanku,


Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.


Ampuan Tuanku,


Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.


Amin Ya Rabbal 'Alamin


Ampun Tuanku,


Patik dengan segala hormat takzimnya; bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat


YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

Saturday, January 24, 2009

BIRRUH WADDAM NAFDIIKA YA FALASTIN !


WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009
www.michaelheart.com
GO TO HELL MARK REGEV!!!

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on whos wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
.
YA ALLAH ! TUNJUKKANLAH KAMI JALAN YANG LURUS, BUKAN JALAN YANG DIPANDU YAHUDI DAN MEREKA YANG BERSIFAT SEPERTI YAHUDI, ALLAHUAKBAR!
.
( Lagu ini juga ditujukan buat semua rakan-rakan yang terlibat dalam demonstrasi berhadapan Masjid Ar-Rahman, Petaling Jaya pada 4 April 1997 membantah kedatangan pasukan kriket Israel yang dijemput hipokrit nombor satu, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa makhluk Allah ini menjadi Perdana Menteri. Demonstrasi hari Jumaat itu menyaksikan lebih seribu yang terlibat di dalam demonstrasi itu dikejar polis sehingga ke dalam masjid. Ramai yang ditangkap pada hari bersejarah tersebut, ketika demonstrasi bukan menjadi fesyen dan trend di Malaysia seperti hari ini. Sungguh meloyakan melihat orang yang mengiktiraf negara Israel dan membiarkan bumi ini dipijak oleh warga negara haram itu beriya-iya pula ke depan sekarang 'menyokong' Palestin hanya kerana mahu dilihat lebih 'jantan' dari Pak Lah. Kepada semua 'adik-beradik' yang menikmati kepedihan gas pemedih mata pada tarikh itu saya ucapkan siiru ala barakatiLlah)

Friday, January 9, 2009

HUDUD, QISAS DAN APA-APA YANG SAMA WAKTU DENGANNYA ADALAH UNTUK ORANG ISLAM... YANG LAIN JANGAN BIMBANG YA !



Pada Bahagian 5 ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 NEGERI KELANTAN Seksyen 56 termaktub bahawa :
1) Tertakluk kepada subseksyen (2) , Enakmen ini hendaklah terpakai ke atas tiap-tiap orang Islam yang mukallaf mengenai apa-apa kesalahan yang dilakukan olehnya dalam negeri Kelantan
2) Tidak ada apa-apa dalam Enakmen ini yang menghalang seseorang yang bukan Islam daripada membuat pilihan supaya Enakmen ini terpakai ke atasnya mengenai apa-apa kesalahan yang dilakukan olehnya dalam Negeri Kelantan dan sekiranya seseorang bukan Islam itu membuat pilihan sedemikian, maka peruntukan Ebakmen ini hendaklah mutatis mutandis terpakai ke atasnya seperti juga peruntukan-peruntukan tersebut terpakai ke atas seorang Islam

HISAPLAH ROKOK...ISRAEL PERLUKAN BANTUAN ANDA


















DEMONSTRASI MEMBANTAH KEZALIMAN ISRAEL YANG DIKETUAI MURSYIDUL AM PAS, DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT, SEPANJANG MEDAN ILMU YANG DISERTAI LEBIH 3,000 UMAT ISLAM PADA 9 JANUARI 2009