Friday, December 18, 2009

Teh... doaku buatmu...



teh afifah syahirah, ketabahan hatimu membuat aku terpaku, akan kuusahakan diri menjadi muslimat yang solehah sepertimu, Al-Fatihah buat Allahyarham suamimu, Mohd Arif...

Thursday, December 10, 2009

MELAUN ARIFF... (PENGGANTI) DIA BUKAN KULI GERAI TEPI JALAN

ABDUL ARIFFAHMI AB. RAHMAN - COO dari 1 Januari 2009 hingga 19 september kemudian CEO PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN (PMBK) dari 20 September 2009 hingga 23 Mac 2010, khabarnye...

"kata tok guru datuk nik abdul aziz nik mat pada sidang media khas di pejabatnya 9 Disember 2009 - Apabila dia (menantu) keluar, saya kena cari orang lain dan orang lain tu bukan orang sebarangan, boleh jadi orang yang telah bekerja. Sekiranya orang baru itu ingin berhenti untuk menduduki jawatan baru di PMBK, dia terikat pula dengan tempoh itu dan tempoh ini, kena bayar elaun apa semua sekali bukan senang. Bukan boleh tolak-tolak macam buang kuli di gerai tepi jalan, tak boleh"

Tuesday, December 1, 2009

saya yang lebih tahu tentang undang-undang Islam...


"Saya yang lebih tahu tentang undang-undang Islam, (saya) professor madya dalam perundangan islam….tapi orang-orang awam anggap mereka (Pas) berjuang Quran dan hadis, Quran dan hadis, termasuklah lebai-lebai ternakan Nik Aziz…"
petikan daripada Al-Ustaz Mohd Nor b Deris, bekas pensyarah fakulti syariah, Akademi Islam, Universiti Malaya, bekas anggota dewan ulama’ Pas ‘81 – ’88, masuk UMNO 1999 hingga kini.

-gambar dari ‘demonstrasi’ anjuran penyokong UMNO depan Kota Darul Naim pada 1 Disember 2009 menuntut Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletak jawatan

Saturday, November 28, 2009

Friday, November 13, 2009

I LOVE YOU MARWAH!






Drama mengejutkan pembunuhan wanita seorang wanita Muslim akibat prejudis kini semakin menarik perhatian dunia Islam selepas pembunuhnya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkinan parol pada Rabu, 11 November di Jerman. Di Mesir hari ini, Marwa al-Sherbini, yang dibunuh kejam di Dresden, Jerman kini dikenali ramai sebagai tokoh yang syahid kerana pemakaian hijabnya.Berita hukuman penjara seumur hidup ke atas pembunuhnya selepas perbicaraan dua minggu mendapat tempat istimewa di saluran televisyen nasional Mesir.




Di Berlin, duta mesir ke Jerman, Ramzi Izzudin memberitahu media pembunuh Marwa, Alexander Wiens telah menerima "hukuman paling keras."Jurucakap kementerian luar Mesir, Hossam Zaki menerima berita hukuman itu senang, menegaskan bahawa "keadilan telah terlaksana" dan hukuman itu merupakan "satu amaran kepada mereka yang terdorong oleh kebencian."Wiens, warga Jerman berketurunan Rusia menikam Marwa sekurang-kurangnya 16 kali di sebuah mahkamah di Dresden Julai lalu, ketika wanita itu memberi keterangan terhadap beliau dalam satu kes fitnah.Wiens memanggil Marwa "teroris" dan "Islamis" - istilah popular yang membawa konotasi negatif walaupun masih didebatkan penggunaannya oleh komuniti akademik - di sebuah taman permainan kanak-kanak hanya kerana wanita Muslim itu memakai tudung.




Marwa ketika itu meminta Wiens memberi ruang untuk anak lelakinya, Mustafa yang berusia tiga tahun untuk bermain di buaian.Marwa, ahli farmasi berusia 31 tahun sedang hamil tiga bulan ketika dia dibunuh. Anaknya ada bersama di mahkamah tersebut ketika itu, dan suaminya ditikam dan secara tidak sengaja ditembak oleh seorang pengawal Jerman ketika cuba membantu.Mustafa hanya mampu melihat ibunya ditikam dengan kejam oleh Weins.Suami Marwa, Alwi Akaz, kini tempang akibat kecederaan dialami dalam insiden itu.




Perincian kejadian itu mengejutkan warga Mesir dan tercetus kemarahan terhadap tindak balas perlahan pihak berkuasa Jerman menghulurkan simpati dan menangani dakwaan Islamofobia.Hakikat bahawa suami Marwa ditembak kerana disangka penyerang mendedahkan prejudis yang wujud di negara Eropah itu.Seminggu selepas kejadian, pemimpin Jerman, Canselor Angela Merkel mengucapkan simpati kepada Presiden Mesir, Hosni Mubarak, tetapi Merkel tidak membuat komen secara terbuka.




Pada masa sama, ribuan menghadiri pengkebumian Marwa di kampung halamannya di Iskandariah. Ramai membawa kain rentang dengan slogan menuntut pembalasan.Ada juga yang berdemonstrasi di luar kedutaan Jerman dan di Masjdi al-Azhar di Kaherah, dengan sebilangan mencela Jerman sebagai "peradaban zalim" dan menjeritkan tuntutan hak asasi dan keadilan.Perbicaraan Wiens mendapat liputan luas media Mesir, dan sekumpulan peguam Mesir hadir di Dresden dan dibenarkan mengemukakan hujah perundangan.




Beberapa orang tokoh perundangan Mesir memuji keputusan mahkamah Jerman menjatuhkan hukuman ke atas Wiens, tetapi ramai warga Mesir melahirkan perasaan alangkah baiknya sekiranya Jerman melaksanakan hukuman mati.Suami Marwa memberikan keterangan yang meruntun jiwa, menceritakan bagaimana anaknya, yang kini tinggal di Mesir bersama keluarganya, merindui ibunya.Alwi sekeluarga berpindah ke Jerman untuk dia meneruskan kajian doktoral biologi melekul tetapi kini melahirkan kemungkinan akan meninggalkan Dresden.




Tarek Sherbini, abang Marwa, berkata "imej rakyat Jerman sangat buruk" ekoran kejadian serangan itu dan mendakwa kejadian itu menunjukkan kebencian terhadap Muslim.Hubungan Jerman dengan Mesir dan dunia Islam mampu terjejas akibat kejadian ini, terutama sekiranya reaksi lanjutan tercetus dan membakar sentimen.Jerman didiami oleh 4 juta Muslim, komuniti Muslim kedua terbesar di Eropah Barat selepas Perancis.


Sebagai memperingati wanita digelar "Syahidah jilbab" ini, nama Marwa kini dirancang untuk dijadikan nama jalan di Iskandariah, Mesir. (BBC, Agensi)

Tuesday, November 3, 2009

'Amanat Terakhir Prof. Zulkifli Muhammmad'

“Saya perlu memberitahu kepada saudara-saudara bahawa satu daripada syarat kejayaan bagi sesuatu turunan ialah KEIKHLASAN. Kita mungkin bodoh, mungkin jahil,mungkin tidak tahu apa-apa, mungkin tidak kuat. Tetapi kalau keikhlasan yang ada pada kita maka ada harapan cita-cita kita akan dapat kita laksanakan. Tetapi tidak ada gunanya kita cerdik, cerdas, pandai dan kuat, sekiranya kita tidak ikhlas kepada apa yang hendak kita perjuangkan.” - Prof Dato' Dr Zulkifli Muhammad, bekas Timbalan Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semasa PAS dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy. lahir22 Mac 1927 meninggal6 Mei 1964

Saturday, October 31, 2009

LAGU DIKIR...



WAL ASRI

DEMI MASO MANUSIO RUGI
DOK WAK DOSO HARI-HARI
NGUPAT NGATO KEJI MAKI
SAPA LUPO DIRI SEDIRI
DUDUK RASO ILMU TINGGI
BULEH DOSO FREE-FREE

KECUALI ORE HOK ADO IME
DOK NGAJI BALASOH SIE MALE
CARI REZKI TAPI TIDOK LUPO TUHE
TIME NGAJI DIO NGAJI TIME SEMAYE DIO SMAYE

DEMI MASO MANUSIO RUGI
DOK WAK DOSO HARI-HARI
NGUPAT NGATO KEJI MAKI
SAPA LUPO DIRI SEDIRI
DUDUK RASO ILMU TINGGI
BULEH DOSO FREE-FREE

SO LAGI GOLONGE HOK SELAMAT
HARI HARI DUDUK PESE BUI NASIHAT
MARI-MARI PAKAT TINGGAL BENDO JAHAT
HARI NI BENDO BAIK KITO BUAT

DEMI MASO MANUSIO RUGI
DOK WAK DOSO HARI-HARI
NGUPAT NGATO KEJI MAKI
SAPA LUPO DIRI SEDIRI
DUDUK RASO ILMU TINGGI
BULEH DOSO FREE-FREE

PESE-PESE ATAS DASAR KEBENARE
PESE-PESE ATAS PADO KESABARE
PAGI PETE IKUT HADIS IKUT QURE
HOK TUHE LARE JANGE KITO DUDUK KACE
DEMI MASO MANUSIO RUGI

DOK WAK DOSO HARI-HARI
NGUPAT NGATO KEJI MAKI
SAPA LUPO DIRI SEDIRI
DUDUK RASO ILMU TINGGI
BULEH DOSO FREE-FREE

sanggupa 13/10/2009
2.30 petang
Membakut Sabah