Monday, December 29, 2008

MENGENANG EPISOD YIN

PENDIDIKAN SYARIAH DARIPADA EPISOD YIN
(Artikelku yang pernah keluar dalam Mingguan Wasilah 2007)
Pengumuman Jabatan Peguam Negara baru-baru ini yang memutuskan bahawa pasangan suami isteri warga Myanmar, Noor Shida Nur Islam dan Mohd. Abdul Rahman Ali Rahman dibebaskan daripada tuduhan menculik kanak-kanak berusia lima tahun, Muhammad Nazrin atau Yin adalah berita gembira yang dinanti-nantikan.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zulkarnain Abd. Rahman , keputusan Jabatan Peguam Negara itu dibuat setelah mengambil kira sentimen masyarakat yang memaafkan pasangan itu daripada tuduhan menculik Yin. Pasangan tersebut dibebaskan daripada tuduhan menculik Yin pada 9 Mei lalu.
Episod ‘Yin’ benar-benar menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia. Keadaan ini dibuktikan dengan bantuan yang datang dari pelbagai pihak sewaktu pencarian Yin oleh pihak berkuasa sendiri, pertubuhan politik, badan-badan amal malah dari orang perseorangan.

Semuanya mahu mencari Yin dan berharap dia selamat ditemui. Harapan ini lebih-lebih lagi dipikul ayah Yin, Shamsul Ghazali Shamsudin, 34, sehinggakan dia pernah mengeluarkan kenyataan tidak akan mengambil tindakan kepada mereka yang telah ‘mengambil’ Yin daripadanya asalkan anak kecil itu dipulangkan selamat.

Jarak masa 15 hari kehilangan Yin memang cukup untuk menimbulkan pelbagai spekulasi hingga ada yang meramalkan Yin sudah dibawa keluar negara. Namun, sebagaimana yang diketahui ramai, pada 14 April lalu Yin telah diserahkan kembali kepada ibubapanya oleh pasangan warga Myanmar, Noor Shida Nur Islam, 27 dan Mohd. Abdul Rahman Ali Rahman, 37. ‘Majlis’ penyerahan itu turut disaksikan oleh Ketua Polis Negara sendiri, Tan Sri Musa Hassan. Tiada sebarang tangkapan dibuat pada hari Sabtu yang bahagia itu.

Sekali lagi spekulasi berputar di media kemungkinan Yin sebenarnya dipaksa jadi pengemis. Gambar kaki Yin yang mengelupas dan kepalanya yang telah dibotakkan ‘menyedapkan’ rencah cerita. Tiba Isnin, 16 April 2007, pasangan yang meletakkan Yin di bawah lindungan mereka selama 15 hari telah ditahan reman atas dakwaan menculik dan mengurungnya.

Masyarakat menuduh Shamsul Ghazali tidak bersyukur dan mungkir janji. Mereka mahukan Shamsul meminta polis agar tidakmengambil apa-apa tindakan ke atas Noor Shida dan Mohd Abdul Rahman. Shamsul dilaporkan menerima lebih 70 pesanan mesej ringkas (SMS) setiap hari dari masyarakat yang berang dengannya.

Timbul persoalan adakah Shamsul Ghazali patut dipersalahkan dalam hal ini. Adakah Shamsul mempunyai hak untuk memilih sama ada untuk mendakwa pasangan itu atau tidak?

Menurut Nik Bahrum Nik Abdullah, seorang peguam dari Kota Bharu, masyarakat tidak sepatutnya menyalahkan bapa Yin atas penahanan pasangan Noor Shida dan Abdul Rahman. “ Apabila laporan polis dibuat tentang sesuatu insiden, polis akan melaksanakan tugasnya menyiasat dan mengambil keterangan dari mana-mana pihak yang disyaki. Tidak timbul di sini soal bapa Yin hendak dakwa atau tidak. Ia sudah menjadi kes polis,” kata Nik Bahrum.

Beliau menambah “ Jika seorang kerani kehilangan duit majikannya ketika diarahkan untuk mengeluarkannya dari bank, adalah perkara biasa sekiranya dia ditahan reman 2 hungga 3 hari untuk membantu siasatan.”

Nik Bahrum yang juga berkelayakan sebagai peguam syarie menjelaskan mengikut undang-undang Islam, kes Yin tidak boleh diletakkan di bawah hudud ataupun qisas.“Jika ini kes qisas (seperti bunuh) keluarga mangsa ada hak untuk memaafkan si pembunuh kerana ini dianggap sebagai hak manusia. Tetapi kes budak hilang seperti ini sudah jadi maslahah umum. Pelaku sudah ‘berdosa’ dengan masyarakat. Ia dikira sebagai kes ta’azir dan menjadi hak kerajaan untuk memainkan peranan,” ujar Nik Bahrum.

Sementara itu, Nik Salida Suhaila Nik Saleh, pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia berpendapat apa yang telah dilakukan oleh pihak polis itu satu tindakan yang betul. “Mengambil hak orang lain dan menyimpannya untuk jangka masa yang lama tanpa usaha yang lebih jelas untuk mencari siapa tuan punya sebenar adalah satu kesalahan dalam Islam. Sementelahan lagi, apa yang sedang kita bincangkan sekarang berkaitan dengan seorang ‘manusia’. Jadi sudah tentu isunya lebih berat lagi,”jelas Nik Salida.

“Walaubagaimanapun, dalam kes Yin, melalui laporan akhbar, elemen hendak menyelamatkan Yin dari bahaya adalah lebih besar. Niat pasangan tersebut adalah untuk melindungi Yin dari mara bahaya di sekelilingnya.

“Pada pandangan saya, Noor Shida dan Mohd Abdul Rahman sebenarnya sudah terhukum apabila ditangkap dan direman. Pemisahan buat sementara waktu dengan anak mereka itu sudah boleh dikira sebagai satu hukuman dan sudah cukup untuk mendidik masyarakat agar tidak melakukan perkara yang sama iaitu tidak “menyimpan” barang yang dijumpai buat masa yang lama. Sebaliknya hendaklah berusaha sedikit untuk mencari “tuan punya” seperti menghantarnya ke balai polis berdekatan,”kata Nik Salida lagi.

Mengenai ‘kemaafan’ yang diberi oleh Shamsul, Nik Salida bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh peguam Nik Bahrum sebelum ini bahawa isu Yin adalah berkaitan dengan ta’azir dan bukannya qisas yang memperuntukkan hak memberi maaf kepada keluarga mangsa.

“Hak untuk memaafkan dalam undang-undang jenayah Islam hanyalah terdapat dalam kesalahan qisas iaitu kesalahan-kesalahan menyebabkan kematian manusia dan kecederaan badan. Contohnya dalam kes bunuh, semua fuqaha’ berpendapat bahawa jika pembunuh itu dimaafkan oleh keluarga mangsa, hukuman qisas (bunuh balik) akan gugur dengan sendirinya.

“Jika negara kita mempraktikkan undang-undang syariah pun, hak memberi maaf itu tidak ada pada Shamsul Ghazali. Jadi diharap masyarakat tidaklah terus lagi menyalahkan ayah Yin ini,” pinta Nik Salida.

Kelewatan Noor Shida dan Mohd Abdul Rahman menghantar balik Yin kepada ibubapanya tidak dapat dinafikan adalah satu kesalahan.
Sebagaimana kata Noor Shida dalam satu laporan“Polis tidak salah kerana menangkap saya dan suami kerana mereka hanya menjalankan tugas.
“Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang memberi perhatian kepada kami dan kami akan cuba lupakan perkara yang telah berlaku bagi meneruskan kehidupan,” katanya.

Sebenarnya isu ‘maaf’ yang dibangkitkan masyarakat secara tidak langsung mengingatkan kita kembali kepada kehebatan hukum Islam. Dalam undang-undang syariah, “maaf’ dari keluarga mangsa dalam kes qisas boleh menyelamatkan nyawa sipenjenayah. Walaupun kes Yin tidak boleh disifatkan sebagai kes qisas, namun perbincangan mengenai perlunya kita kembali kepada hukum Allah sepatutnya dihangatkan kembali.

TUAN GURU DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT DI PEJABATNYA PADA HARI TERAKHIR 1429H







Friday, December 26, 2008

BEZA ANTARA YANG MAHU FAHAM DAN YANG BUAT-BUAT TAK FAHAM







(GAMBAR HIASAN UNTUK SEJUKKAN MATA MEMANDANG...)
PERBAHASAN TENTANG “TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA” YANG PERNAH DISIAR DALAM AKHBAR THE STAR

Sunday July 13, 2008
Misunderstood concept of Islam

I REFER to the letter by M.B.A. titled “No compulsion in religion” (The Star, July 10). When I first read the article I felt a sense of anger and frustration that the writer, being a Muslim, is attacking the most important tenet of Islam which is the five daily prayers.
However, when I started writing this letter, it occurred to me that this is the core problem in the Muslim World. Many who profess the religion do not fully understand many of the basic principles of the religion, let alone expecting people who profess other religions to understand it.
“No compulsion in religion” is the most misunderstood concept in Islam. The quoted verse from Surah Baqarah does not at all imply that a Muslim is free to do whatever he likes and no one can force him to do it. The verse only implies that a non-Muslim cannot be forced to become a Muslim.
However, once he is a Muslim, he must be forced to do all the compulsory things in Islam, five times daily prayer included. What is the use of the five tenets of Islam if the person who professes it chooses to ignore them?
PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz rightly compared the compulsion to work with the compulsion in religion. However, the writer understood it differently. If a person works in an organisation, he is compelled to follow the rules and regulations of the organisation, whether he likes it or not.
Of course, he cannot be forced to join the organisation in the first place. But once he is in, he cannot refuse to follow its rules and regulations without being punished or sacked.
The comparison of forcing a lactose intolerant person drinking milk with forcing a person to pray five times a day shed light to how little M.B.A understands the basic principles of Islam.
The religion of Islam was sent down by Allah to ordinary men with all its practicalities and perfection. Allah knows how weak and extremely busy men are in pursuit of wealth. The five daily prayers are timed to exactly coincide with our daily activities from waking up in the morning to go to work, taking a lunch break, going home after work, having dinner and right up to going to bed again.
After all, a person just needs about 10 minutes, at most, at each of the daily prayer. In addition there are flexibility in shortening and combining prayers when a person is travelling. So there is no way the five daily prayers can interfere with our daily activities.
I commend Nik Aziz for making it compulsory for government servants to pray five times a day. If they cannot spend less than 10 minutes to pray whilst they can waste away hours at lunch and coffee breaks, not to mention on the golf courses, they do not deserve to work for the Government.

ANAE, Puchong.

TULISAN ANAE DI ATAS INI SEBAGAI JAWAPAN KEPADA TULISAN M.B.A DI BAWAH

Thursday July 10, 2008
No compulsion in religion

I REFER to your report “Friday prayers will soon be a must” (The Star, July 8). I wonder if PAS’ spiritual leaders Datuk Nik Aziz, when seeking to make it mandatory for Muslims to perform Friday prayers and also penalise those who do not pray five times a day, has forgotten the verse in Surah Baqarah which states that “there is no compulsion in religion”.
I am also surprised that as a person knowledgeable in religious matters, he does not seem to be aware of the fact that “man cannot will but as God wills” and that “no one can believe except by the leave of God.”
Although it is true that a pious lifestyle can help eradicate sins such as corruption and immoral activities, yet by nature, the majority of mankind is not pious.
Evil exists alongside goodness by God’s leave, and if we ever stand a chance to change anyone at all, it is through kindness. Forcing people to do things is hardly kindness.
The alluded comparison between the compulsion in both work and religion is also not applicable.
Without question, many people are forced to go to work by the need for money. But even then we have a choice – we can choose to work more, better, or not at all.
Making a choice does not assure us of success, for we are still limited by ability which is our nature and beyond our control.
If, for example, anyone wants you to drink a glass of milk every day because it’s good for health but you are lactose intolerant, then forcing the milk down your throat may well kill you instead of improving your general health as intended.
Prayers without fail are not possible because man is failure, and it is through our failures that we are reminded of our weaknesses every day.
Our weaknesses are there to keep our pride in check so that the greatest should not think that they are above the most humble, and vice versa, except by God’s generosity.
I admire the work of Nik Aziz and believe that many of the things he says are true. His tendency to force religion upon the human mind and body, however, often makes his stand doubtful and even unacceptable to the moderate.

M.B.A, Ipoh.




UNTUK SEMUA LASKAR JIHAD ... BUAT PENGUAT SEMANGAT!


Mentera Semerah Padi

Hei! kersani mengalirlah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksamana Melayu
Hei! sepuluh helai daun sirih
Kugentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok
Di mana bumi kupijak
Di situ langit kujunjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan
Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi

Tuesday, December 23, 2008

THE COCKY AND CUCKOO KHAIRY...












Pengalaman menghadiri sidang media dengan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin adalah sesuatu yang melucukan bagi penulis. Peluang meliputi sidang akhbar beliau bersama Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa selepas Wacana Perdana 20 Disember lalu adalah sesi kali yang pertama. Melucukan apabila melihat calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu dengan matanya melilau kiri kanan atas bawah bergerak aktif di tempat duduk dengan gaya tubuh seperti anak kecil yang 'bosan' berada di situ. Khairy pada malam itu bak seorang superstar Bollywood apabila ramai yang mahu bergambar atau mengambil gambarnya termasuklah gadis-gadis 'muslimat' muda Pas yang terlepas masuk ke ruang sidang akhbar. Tersilap idola barangkali...

Friday, November 14, 2008


AMARAN PRESIDEN FORMULA PERKUKUHKAN PAKATAN RAKYAT
(transkrip daripada the real "budak Wasilah")
wawancara dalam Mingguan Wasilah 2-8 November 2008

MUKADIMAH
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Dua figura penting dalam Pas yang menjadi tulang belakang penting parti itu saat ini. Dalam ‘hiruk pikuk’ politik negara sekarang, kedua-duanya turut dilihat ‘bertembung’ dalam beberapa perkara terutamanya dalam isu muqabalah dan Pakatan Rakyat. Ramai merasakan dalam parti itu kini wujud kumpulan Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hj Hadi. Apakah benar suasana ‘keruh’ ini wujud dalam Pas di saat seterunya Umno makin terkulai? Mingguan Wasilah berpeluang menemubual exco Dewan Pemuda Pas Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz bagi memahami situasi yang sebenarnya. Tokoh muda berusia 38 tahun lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir ini adalah pengetua Ma’ahad Tahfiz Nikmatillah, Pulau Melaka dan salah seorang ahli majlis Majlis Perbandaran Kota Bharu-BRI. Fasih berbahasa Urdu, anak kepada Mursyidul Am Pas ini mungkin rujukan paling tepat untuk mencari titik ‘perdamaian’, bukan antara dua Tuan Guru tadi, tetapi di kalangan penyokong dan pemimpin Pas sendiri.




Adakah ustaz rasa isu perbezaan pandangan antara dua itu (Nik Aziz dan Abdul Hadi) sudah selesai?


Isu ini sepatutnya selesai kerana Tuan Guru Haji Hadi sebagai Presiden Pas telah menjelaskan apa maksud muzakarah yang telah diadakan antara Pas dengan Umno.Tetapi dari sudut pandangan umumnya mungkin dilihat ia masih tidak selesai. Dan saya lihat benda ini macam berlaku salah faham yang saya tidak dapat (pastikan) sama ada ia sengaja dicetuskan oleh pihak tertentu atau tidak untuk memecahkan suasana perpaduan dalam Pas.


Jadi saya sebagai salah seorang pimpinan Pemuda Pas Pusat, sikap saya adalah menyeru supaya kita kembali kepada asas perdamaian apabila berlaku perselisihan dalam gerakan Islam iaitu kembali kepada ketaatan dan thiqah (kepercayaan).


Salah faham yang timbul di kalangan siapa?


Salah faham di kalangan masyarakat. Massa politik di Malaysia menganggap bahawa di dalam Pas ini terdapat satu kumpulan yang mahu parti ini bersama dengan Umno. Ini tidak betul. Sampai ke hari ini perkara itu masih diwar-warkan dan disebut-sebut. Muzakarah yang diadakan sebenarnya tidak lebih daripada menjawab pelawaan dari Umno. Saya sendiri dalam penulisan saya menyeru supaya pelawaan itu tidak ditolak sebab kita ini bersifat terbuka.
Keputusan dalam muktamar pun telah jelas bahawa tidak ada sebarang kesalahan apabila kita melakukan muzakarah. Ia bukan hukum hari ini tetapi ia hukum yang telah kita laksanakan sejak dahulu. Kekeliruan itu hanya timbul selepas sesetengah pihak mendakwa wujud usaha untuk menyatukan Pas dengan Umno. Dan itu dinafikan. Sebab itu saya kata isu salah faham ini sepatutnya sudah lama selesai.


Mungkin salah faham itu berlaku di peringkat pimpinan sendiri? Mungkin juga Tuan Guru Nik Aziz salah faham?


Ayah ini, isu dia juga sudah selesai. Dulu dia menentang (perjumpaan dengan Umno). Dan kita nampak perselisihan itu berlaku. Tetapi selepas Ahli Majlis Syura bertemu dengan ayah di JKR 10 selaku Mursyidul Am maka sudah tidak ada krisis antara mereka. Tidak kiralah pertemuan dengan Umno itu disebut sebagai muzakarah atau muqabalah. Ia memberi maksud yang sama walau ada sedikit perbezaan. Tetapi maknanya (ayah) bersetuju pertemuan itu wujud antara Pas dengan Umno.


Tidak timbul isu kononnya ada satu kumpulan mahu masuk Umno. Bahkan saya mendapat maklumat yang tepat, tawaran –tawaran yang dibuat oleh Umno itu dijawab dengan syarat-syarat yang jelas oleh pimpinan yang mengadakan muzakarah. Dan syarat-syarat yang jelas itu menunjukkan Pas ini tidak akan bersama Umno selagimana Umno tidak memenuhi syarat Islam yang dikemukakan Pas.


Tawaran daripada Umno itu bagaimana?


Umno memang mahu bekerjasama dan mahu mewujudkan kerajaan campuran bersama Pas (dilaporkan untuk pembentukan kerajaan di Perak dan Selangor). Bila pimpinan kita jawab, kalau mahu bekerjasama, dasar Islam menjadi syarat yang mesti dipenuhi. Dan Umno memang tidak boleh jawab, sama ada Pak Lah atau sesiapa yang ditemui, mereka tidak dapat terima syarat Islam yang dikenakan Pas. Mereka bertemu itu pun kerana pelawaan Umno, bukan pihak dari Pas yang memulakan.


Apa yang diputuskan dalam Muktamar baru-baru ini sebenarnya?


Dua keputusan besar adalah bersetuju supaya muzakarah diteruskan dan yang kedua memperkukuhkan Pakatan Rakyat.


Tetapi Hj Hadi memberi ‘amaran’ pula kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) baru-baru ini. Bahawa kerajaan yang bakal terbentuk mesti dipandu oleh majoriti ahli parlimen muslim.


Amaran itu adalah (formula) untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Itu adalah agenda Pas untuk memperkukuhkann Pakatan. Tapi bagi sesetangah pihak tindakan itu seperti tidak akan memperkukuhkan. Namun bagi Presiden itulah caranya. Kerana kita kena ingat dalam Islam ini, apabila berlaku kerjasama di antara parti-parti politik , antara yang Islam dan yang tidak Islam, dalam Fiqh Islam ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.


Ramai beranggapan ia seperti langkah terkebelakang.


Salah anggap di kalangan ahli dan masyarakat adalah biasa. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz sendiri dalam sepuluh yang dikeluarkan ada lima yang akan membingungkan rakyat dan lima yang mereka setuju, jadi yang membingungkan itu perlu dibuat penjelasan.


Jadi kenyataan Hj Hadi itu, sepatutnya daripada pimpinan atas sampai bawah perlu menjelaskan maksud. Dan bila dijelaskan maksud, masyarakat boleh terima.

Tapi salah faham bukan sahaja berlaku di kalangan masyarakat awam. Ahli akademik juga mendakwa ada dua kumpulan dalam Pas , satu nak bersama Umno dan satu lagi mahu kekal menguatkan Pakatan.


Bagi saya ini adalah satu kenyataan yang tidak betul. Terbentuk dua kumpulan; satu nak bersama Pakatan , satu dengan Umno ini, satu fakta yang tidak betul. Ia telah dinafikan Hj Hadi, bahawa tidak ada seorang pun pimpinan Pas hendak bersama Umno, pimpinan Umno nak masuk Pas itu adalah. Kita menyambut (pelawaan Umno) atas dasar muqabalah, muzakarah. Pas tidak pernah sebut hendak bersama Umno dan meninggalkan Pakatan kerana hendak mengambil kuasa.


Tapi itu yang dilihat oleh penyokong di akar umbi.


Sebab itu pimpinan wajib membuat penjelasan. Dan semua pimpinan Pas wajib menyatukan perselisihan pendapat. Sebab itu saya mengambil sikap bukan menyokong mana-mana pihak tetapi saya menyeru kepada asas, sekarang ini berlaku perselisihan faham. Ia berlaku mungkin kerana salah faham atau sengaja tidak mahu faham tapi asasnya, apabila berlaku perselisihan dalam kumpulan Islam, kita kena kembali kepada dua perkara. Pertama ketaatan kepada Presiden. Presiden berhak buat apa-apa keputusan, apatah lagi keputusannya dipersetujui oleh Syura. Jadi pimpinan yang di bawah walaupun pedih, tidak puas hati, mereka kena akur. Ini seruan saya. Sebab apabila Presiden mula dikritik, Syura mula dikritik ia akan membawa kepada perpecahan. Pada saat inilah kena ada suara untuk mengembalikan ahli Pas kepada asas. Selepas itu baru orang akan lihat kekuatan Pas.


Sekarang ini berlaku kekeliruan dalam masyarakat kerana masyarakat sendiri melihat dalam Pas tidak bersatu. Masa inilah kalau kita memang nak jaga Pas , kita kembali kepada asas. Bagaimana nak bersatu. Asasnya patuh kepada Presiden dan jangan kritik Syura. Kerana Syura adalah satu institusi yang dibuat sengaja untuk dipatuhi. Kerana itu adalah arahan Allah Taala.


Tetapi pimpinan Pas peringkat pertengahan sendiri begitu berani mengkritik?


Itu jelas, dalam blog, dalam suratkhabar, dalam ceramah dan dalam percakapan mereka. Semua orang yang mengikuti perkembangan politik tahu. Sebab itulah wujud dakwaan ada dua kumpulan ini. Mereka tidak sepatutnya bercakap perkara yang akan mewujudkan sesuatu yang membesarkan perselisihan yang sepatunya boleh diselesaikan dengan mudah. Isu ini sebenarnya mudah, tetapi kita yang memayah-mayahkannya.


Jadi adakah perkara ini boleh diselesaikan?


Boleh, kalau semua nak kepada kebenaran, Insya Allah. Dan saya antara orang yang yakin ahli Pas ini telah dididik dan ditarbiah untuk sayangkan jamaah dan bersatu dalam parti Islam.


Bagaimana dengan pertembungan idea dengan parti lain dalam Pakatan. Dalam menuju pembentukan kerajaan, adakah Pas bersedia menghadapi perbezaan ideologi dengan pihak lain pula?


Apabila kita mengadakan kerjasama di antara parti-parti Pakatan yang berbeda ideologi benda pertama dan asas yang kita perlu kita terima bersama adalah sikap saling menghormati polisi hak-hak dan dasar masing-masing. Jangan mudah melanggar.
Kita kena terima persefahaman dalam Pakatan secara umumnya berlaku antara tiga parti besar ini (PAS, PKR dan DAP)selepas pilihan raya. Sebelum pilihan raya persefahaman hanya berlaku anatara Pas dan PKR dan tidak pernah berlaku antara Pas dan DAP. Tetapi selepas Pilihan Raya Umum ke 12, dengan kejutan keputusan pilihan raya itu, DAP terutamanya sudah boleh menerima Pas.


Dulu DAP tolak Pas, bukan Pas tolak DAP. Mereka keluar dari Barisan Alternatif ketika itu. Tetapi kini mereka menerima balik atas kepentingan politik bersama. Jadi apabila Pakatan diwujudkan , asas utama adalah saling menghormati. Selepas pilihan raya beberapa bulan ini, dalam kesungguhan Pas mahu bersama-sama Pakatan merubah pemerintahan negara, wujud tanda-tanda yang dilihat di kalangan ahli Pas bahawa Pas tidak dihormati dan mereka mula tidak puas hati. Dan perasaan tidak puas hati di kalangan ahli Pas ini dibenarkan oleh Tuan Guru Hj Hadi dalam temuramahnya dengan Harakah.


(NOTA : petikan jawapan Hj Hadi dalam wawancara eksklusifnya bersama Harakah pada Julai tahun ini (2008) menerangkan pendirian dalam Pakatan dalam kehangatan muzakarah yang dibuat bersama Umno ketika itu - Saya lihat inilah yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam pilihan raya umum ke-12 yang telah memberi kemenangan kepada PAS. Dan orang PAS boleh buat kerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Perlu disedari bahawa PAS yang paling banyak cawangan. PAS yang paling banyak pekerja dalam pilihan raya ke-12. Orang PAS sedia bekerja bagi pihak parti lain. Jadi, selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh! Jangan ketepikan peranan mereka selepas kita menang pilihan raya)


Maknanya Tuan Guru Hj Hadi membenarkan rasa tidak puashati ahli terhadap parti-parti rakan. Beliau membetulkan keadaan melalui temuramah tersebut di mana beliau katakan orang Pas bukan bodoh. Beliau cuba meletakkan Pas pada landasannya supaya Pas dihormati. Daripada situlah kita melihat pimpinan DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menerima bahawa kalau nak kekuatan , kena duduk saling menghormati. Terbukti Pas dalam tempoh selepas kemenangan pilihan raya tidak pernah buat sesuatu yang menyebabkan PKR dan DAP tidak puas hati. Pas yang mula-mula tunjuk ‘kami tidak puas hati’. Tapi PKR dan DAP tidak ada sebut yang mereka tidak puas hati. Kerana apa? Kerana tidak ada benda yang Pas buat boleh mencetuskan isu sama ada (dalam kerajaan) di Perak di Kedah atau di mana-mana pun untuk (rakan-rakan dalam Pakatan) merasa demikian.


Tetapi parti lain membuatkan Pas merasa tidak puas hati?


Ya dan Tuan Guru Hj Hadi membenarkan rasa tidak puas hati melalui wawancara tersebut. Saya rasa hari ini pun, sama ada Lim Kit Siang atau Anwar boleh terima rasa tidak puas hati yang disebut Presiden. Dan mereka meletakkan Pas pada tempatnya. Kita bukan nak jadi bos, Pas tidak pernah minta kena Presiden Pas jadi Perdana Menteri dan bukan Anwar. Kita bersetuju pada dasar Anwar duduk di depan, tetapi apabila beliau membawa (gerakan), masing-masing kena melihat di belakang bahawa rakan-rakan yang ada perlu dihormati ketika beliau hendak membuat keputusan.


Boleh atau tidak dikatakan bahawa DAP sekarang sudah mula nampak Islam dari sudut yang lebih jelas?


Ya, alhamdulillah, sebelum ini mereka jauh dengan Pas. Tetapi selepas Pas dilihat lebih terbuka dan DAP pun mula mengambil dasar lebih lembut, maka akhir sekali DAP menerima Pas dan melihat bahawa melalui Pas mereka (boleh) kenal Islam. DAP tidak kenal Islam dengan UMNO, mereka kenal Islam dengan Pas. Tinggal lagi mereka berani atau tidak berani. Itu berlaku perselisihan dalam DAP. Sesetengah DAP berani untuk menerima sistem Islam. Sesetengahnya tidak. Dalam keadaan berani tidak berani itulah mereka menerima untuk berpakat dengan Pas sekali lagi, selepas mereka gagal dahulu. Mereka keluar dari Barisan Alternatif pada tahun 1999 kerana hendak selesaikan (pertikaian) dalaman mereka sendiri dan hari ini di atas kepentingan politik bersama mereka terima balik.


Adakah Pas akan adakan kongres ataupun muktamar khas sepertimana yang berlaku tahun 1972 dahulu apabila ia diadakan untuk menentukan sama ada Pas bersetuju membentuk kerajaan campuran Perikatan pada ketika itu?


Isu-isu besar yang tidak boleh diputuskan secara konsensus (rundingan) ataupun mesyuarat jawatankuasa peringkat tertinggi, benda yang memerlukan pandangan daripada akar umbi, maka Presiden akan membuat muktamar khas. Muktamar Khas ini kalau ikut fahaman saya dibuat untuk menentukan hala tuju besar yang memerlukan pandangan semua pihak termasuklah isu besarnya nak ‘join’ Barisan Nasional (BN) dan sebagainya.


Tetapi tindakan menyertai Pakatan Rakyat tidak ada perselisihan , Syura tidak ada selisih, Jawatankuasa Tertinggi pun tidak ada, rakyat pun sokong. Ini barang yang mudah. Isu kerajaan campuran dalam Pakatan adalah perkara yang mudah, tidak ada siapa yang menentang.
Saya ingat tidak ada satu suara pun dalam Pas ini yang menentang kerjasama dengan Pakatan. Kecuali hanya tunjuk rasa tak puas hati. Itu biasa. Sebab itu namanya ‘kerjasama’. Kalau puas hati semuanya, tidak perlu kerjasama, terus ‘join’ sahaja.


Isu muzakarah menimbulkan banyak tanggapan negatif kepada Tuan Guru Haji Hadi. Ramai yang marah kepada beliau kerana ‘berbeza’ dengan Nik Aziz. Kegagalan Terengganu ditawan Pas juga dibangkit-bangkitkan.


Bila kita menyaksikan antara dua orang yang terhormat, bila kita membesarkan perkara itu, maka kita sebenarnya yang sengaja mencipta perpecahan. Dan itu bukan jalan saya , dan itu bukan jalan Islam. Kita tahu bahawa di antara dua orang tok guru ini tempat bertemu lebih banyak daripada tempat berselisih. Jadi mengapa kita tidak pergi kepada tempat bertemu tetapi memperbesarkan tempat selisih. Padahal perselisihan pandangan boleh berlaku kepada semua. Tidak ada dua atau tiga orang yang bersatu dalam semua perkara. Termasuk dalam isu ini, kalaulah berlaku perselisihan yang bagi saya sesetengah-setengahnya diperbesarkan. Kadangkala hanya lima, tapi mereka dakwa ada sepuluh tempat perbezaan antara keduanya. Kalau ahli Pas suka nak melihat perpecahan, silakanlah. Tapi ambil tanggungjawab bila berdepan dengan Allah SWT. Itu bukan jalannya.


Saya apabila membincangkan perkara ini, saya seru kembali kepada asas. Ketua kita adalah Presiden dan Presiden terikat dengan Syura. Jadi jika berlaku apa-apa pun isu, kita rujuk kepada keduanya. Itu struktur yang kita bina. Dan Mursyidul Am termasuk dalam Syura kerana beliau mempengerusikan Majlis Syura.


(NOTA : Fasal 7 Perlembagaan Pas memberikan kuasa kepada Majlis Syura Ulama’ memastikan perjalanan parti tidak terkeluar dari landasan Al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qias dan tidak lari dari ketetapan yang dibuat dalam Muktamar Tahunan. Fasal 7 (4) (b) menyatakan bahawa ia mestilah diketuai oleh seorang yang dikenali sebagai Mursyidul Am)


Apabila Muktanar memutuskan muqabalah boleh diteruskan , adakah ini bermakna Pas masih terbuka dengan tawaran dengan Umno?


Umno sekarang pun tidak ada masa lagi hendak bermuqabalah. Cuma saya dimaklumkan apabila muktamar memutuskan demikian, ramai di kalangan pimipinan dan ahli Parlimen kita yang berremu dengan orang Umno dan mereka genbira untuk berbincang dengan berani kerana mereka dibenarkan secara jelas. Dan mereka mengatakan adalah satu keuntungan dapat bercakap dengan ahli Parlimen Umno kerana perbualan mereka adalah bentuk dakwah. Barulah seruan dakwah itu dapat disampaikan dengan lebih jelas, kita boleh beritahu mereka Islam bagaimana yang kita mahu dan ahli Umno dengar dan kita boleh tahu luahan dari mereka pula.


Ini dibuat oleh ahli-ahli Parlimen, masing-masing berhubung dengan orang-orang yang mereka kenal, maknanya di peringkat tertinggi pun ada muqabalah dan peringkat pimpinan bawahan pun ada. Dan ini memberi satu kesan yang besar. Walaupun kita boleh terima beberapa hujah (yang bimbangkan risiko muqabalah), tapi antara benda baik yang perlu diperhatikan dengan muqabalah adalah keyakinan orang Melayu kepada Pas.


Kita tahu orang Melayu tidak berubah dalam Pilihan Raya Umum 2008 baru-baru ini. Yang berubahnya hanya sedikit; banyak di Kelantan sahaja, di tempat lain terlalu sedikit. Mereka masih di pihak Umno dan memberi keyakinan kepada Umno berbanding kepada Pas dan PKR.
Tetapi kita kena ingat dalam keadaan Umno itu begitu letih, Pas melalui muqabalah ‘mengambil’ perjuangan Umno. (Dalam keghairahan) Umno yang menyebut hendak bela Melayu dan Islam, akhir sekali apabila Pas mengambil sikap terbuka untuk mengadakan muqabalah, orang yang bukan Umno totok, orang atas pagar yang mengundi Umno sebelum ini, mereka melihat Pas ini rupa-rupanya berjuang untuk semua, bukan sahaja Islam cara Pas, bahkan semua perjuangan yang Umno hendak perjuangkan itu, Pas ambil peduli belaka, maknanya bila-bila masa mereka hendak tinggalkan Umno memang boleh kerana sudah ada parti yang jadi alternatif.


Kalau Pas menolak, dan mengambil sikap keras, tidak mahu muqabalah atau muzakarah dengan Umno, maka akan kekallah golongan majoriti Melayu dalam keadaan was-was dan tidak yakin dengan Pas. Ini kelebihan dari keputusan bermuqabalah.


Saya mendapat makluman, para ilmuwan di universiti dan pegawai-pegwai kerajaan berasa seronok kerana Pas sanggup hulur tangan untuk muzakarah dengan Umno untuk memberitahu Umno, ini yang dikehendaki oleh Islam. Ini benda baik. Orang nampak Pas terbuka dan tidak gila kuasa meninggalkan Melayu.


Majoriti Melayu masih bersama Umno. Bila Pas memilih bersama DAP dan PKR, mereka merasa Pas mahukan kuasa dan tidak hiraukan kepentingan Melayu dan Islam, tetapi bila kita ambil tahu kedua-duanya, PKR pun kita sokong, Umno pun kita tak tinggal, ini satu kelebihan kepada kita.
Cuma suasana dalam masyarakat itu yang tidak menyebelahi Presiden, kerana ‘kepanasan’ suasana, kerana kita terlalu seronok, terlalu ghairah hendak mengambil kuasa, kesungguhan menyebabkan kita tidak mahu dengar benda-benda yang menyekat pergerakan dalam Pakatan Rakyat.


Sedangkan (mengikut kaedah) Islam apabila kita buat hubungan dengan parti-parti bukan Islam, kita kena bergerak dengan penuh hati-hati. Semua orang tahu bahawa situasi politik hari ini adalah situasi politik baru di mana kerajaan BN kedudukan mereka amat tergugat. Ini tak pernah berlaku dalam sejarah kemerdekaan sampai sekarang, ini saat paling getir bagi BN, dengan suasan politik mereka tidak tentu hala.


Maka pada masa ini Pas mesti ambil peranan tentukan arah masa depan. Kalau Anwar hendak menentukan arah cara dia, DAP hendak menentukan arah politik cara dia, PAS pun mesti tunjuk arah dia. Masing-masing hendak memenangi situasi. Dan mestilah kita sebagai seorang Muslim, kita mahu kemenangan itu berpihak kepada Islam.


Ada orang pertikai melalui kerjasama Pas dalam Pakatan mahu membentuk kerajaan dengan cara lompat parti, bukanlah semudah itu kata mereka untuk Pas mencapai objektif sebuah pemerintahan Islam?


Itu bukan isu, sama ada kita hendak bentuk kerajaan dengan cara lompat parti ataupun tunggu pilihan raya ke 13. Bagi saya kedua-duanya boleh selagi ia dibenarkan oleh sistem demokrasi. Dan mengikut pakar undang-undang perlembagaan pun, pembentukan kerajaan baru dengan cara lompat adalah tidak salah .


Adakah kerajaan Pakatan Rakyat ini hendak buat Islam, kita pun tahu tidak. Kita hanya tuntut dari kerajaan Pakatan Rakyat hak supaya peluang dibuka seluas-luasnya untuk dakwah Islam. Kita tidak tuntut Anwar kena buat Islam, tapi kita minta beliau, yang disebut sebagai bakal Perdana Menteri, membuka peluang kepada Pas untuk menyampaikan Islam untuk difahami oleh rakyat Malaysia. Tidak sebagaimana di zaman BN, suara dakwah disekat sebelum ini sehingga orang Islam dan orang bukan Islam tidak boleh faham Islam yang sebenar.


Itulah harapan kita dengan kerajaan baru. Kita tidak tuntut negara Islam pun dengan Pakatan Rakyat. Tetapi matlamat kita tetap negara Islam. Sebuah sistem pemerintahan Islam yang tunduk kepada perintah Allah, dalam semua urusan. Macam Tuan Guru Nik Aziz sebut, kita nak kalau boleh melalui kerajaan Pakatan Rakyat ini , pelaksanaan Islam sepenuhnya dapat dibuat di Kelantan dahulu pun sudah cukup. Bagi peluang kepada Kelantan kerana rakyat Kelantan sudah lama hendakkan sedemikian. Buka ruang sepenuhnya kepada Kelantan jika tidak dapat dibuat seluruh Malaysia.


Dasar Pas jelas. Hujungnya adalah mahu kepada Islam. Jadi kita harap bila kita join Pakatan Rakyat, kita minta jaminan daripada Anwar , Islam ini berkembang dengan baik. Jika Islam tidak disekat, semua hak-hak akan terjaga dengan sendirinya tidak kira hak orang Islam atau bukan Islam. Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) pun faham.


Adakah Pas sudah tiada sangsi dengan Anwar? Tuan Guru Nik Aziz nampak sangat senang dengan Anwar? Adakah maaf sudah diberi?


Itu tuntutan Islam, saya ingat semua ahli Pas sudah memaafkan Anwar. Beliau sudah menunjukkan rasa bersalah, telah datang dan meminta maaf atas cerita-cerita lama. Dan beliau telah berjanji untuk membawa satu reformasi baru. Memberi maaf adalah tuntutan Islam. Tuan Guru Nik Aziz seperti itu, Tuan Guru Haji Hadi pun seperti itu. Tinggal lagi perkara akan datang. Memberi maaf tadi kepada ‘barang’ dan cerita lama yang berlaku. Semuanya sudah memaafkan Anwar. Yang di depan itu yang penting sekarang. Dan orang yang menentukan masa depan Pas sekarang kalau secara individunya adalah Presdien.


Kalau kita berfikir tiap-tiap jam untuk Pas kita kena ingat Presiden berfikir tiap-tiap saat untuk Pas. Jangan kita rasa kita berfikir lebih daripada Presiden. Kalau kita sayang kepada Pas, adakah kita rasa kita lebih daripada Tuan Guru Haji Hadi? Kalau kita fikirkan masalah Pas tiap-tiap hari, kita kena faham Tuan Guru sebagai Presiden, beliau memikirkan Pas tiap-tiap saat.
Jadi takkanlah kita melihat segala kehendak Tuan Guru Presiden menyalahi kehendak ahli-ahli Pas. Digembar-gembur bahawa ramai ahli-ahli Pas tidak setuju. Yang setuju kita tidak sebut. Bila saya tengok kalangan pimpinan, lagi ramai yang setuju. Dan mereka lihat benda ini benda biasa.


Syarat majoriti muslim seperti yang disebut Tuan Guru, ini syarat biasa. Walaupun ada yang lihat ini syarat yang ketat (dalam pembentukan kerajaan baru) tapi inilah kerangka yang dibina PAS untuk mebentuk kerajaan Pakatan. Tidak ada masalah.


Tuan Guru Nik Aziz pernah menjawab dalam satu temubual bahawa tidak ada masalah kalau akhirnya Pas diketuai bukan ulama’?


Saya setuju tidak ada masalah jika yang nak memimpin Pas ini ahli profesional asalkan dia ini memahami Islam dan memiliki ilmu Islam yang baik.


Dengan dipimpin oleh Majlis Syura?


Ia memang sudah ada dalam perlembagaan. Tidak ada pandangan pun hendak rombak Syura. Kalau ada pandangan begitu, kita akan hantar mereka kepada Umno (ketawa). Syura ini barang mesti dalam gerakan Islam. Satu institusi yang dimestikan oleh Allah dalam gerakan. Tiada siapa boleh rombak. Ia satu tajdid yang paling hebat selepas zaman Allahyarham Dato’ Asri Muda (bekas Presiden Pas) yang menyebabkan Pas gagah sehingga ke hari ini semenjak kepimpinan ulama’ kerana institusi Syura terlalu dihormati.


Jadi Pas untuk zaman sekarang tidak ada masalah semula menerima orang bukan ulama’ sebagai Presiden?


Majlis Syura akan menilai sama ada beliau layak atau tidak dengan ilmu Islam yang dia ada jadi Presiden. Bila saat itu, kita akan tengok apabila dia muncul kelak.

Wednesday, November 5, 2008

SUAMI ABAI NAFKAH MASUK NERAKA

"Orang perempuan kena sokong saya dalam bab ini," kata Nik Aziz

KOTA BHARU : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menegur sikap lelaki yang mengabaikan nafkah kepada isteri dan mengingatkan mereka balasan neraka yang menanti di akhirat kelak.

“Apabila berkahwin ada dua perkara yang mesti diingati suami, nafkah zahir dan nafkah batin kepada isteri.

“Nafkah zahir adalah yang berkaitan tempat tinggal, pakaian dan memberi makan. Kesemuanya ini adalah perkara wajib yang mesti disediakan oleh seorang suami kepada isterinya. Umpamanya sewa rumah, ia wajib dilangsaikan oleh suami dan isteri berhak menolak sekiranya diminta berbuat demikian walaupun dia berharta,” kata Nik Aziz disambut anggukan para hadirin terutamanya golongan wanita.

Ujarnya jika ada juga sumbangan daripada isteri, itu adalah perkara sukarela sahaja dan Islam tidak pernah mewajibkan para isteri berbuat demikian.

“Mengenai nafkah batin pula , orang Melayu selalu menyempitkan fikiran dengan menghadkan ia berkaitan dengan tidur bersama antara isteri dan suami.

“Ia bukan sekadar itu tetapi nafkah batin meliputi suami menenangkan jiwa dan hati siisteri. Jangan buat seorang isteri rasa dia bagaikan orang gaji. Beritahu isteri ke mana dan apa yang mahu dibuat agar siisteri tidak tertanya-tanya.

“Telefonlah siisteri apabila sudah sampai ke tempat yang hendak dituju. Tenangkan hatinya. Orang perempuan kena sokong saya bab ini,” kata Nik Aziz sambil disambut hilai tawa pendengar.

Tambahnya, kalau isteri tidak memaafkan suami maka silelaki akan disumbat ke dalam api neraka.

Beliau berkata demikian semasa memberi kuliah di Medan Ilmu pada Jumaat lalu membicarakan pengajaran dari ayat ke 7 Surah At-Tur yang mengingatkan manusia bahawa azab Allah tetap akan berlaku.