PENDIDIKAN SYARIAH DARIPADA EPISOD YIN
(Artikelku yang pernah keluar dalam Mingguan Wasilah 2007)

Pengumuman Jabatan Peguam Negara baru-baru ini yang memutuskan bahawa pasangan suami isteri warga Myanmar, Noor Shida Nur Islam dan Mohd. Abdul Rahman Ali Rahman dibebaskan daripada tuduhan menculik kanak-kanak berusia lima tahun, Muhammad Nazrin atau Yin adalah berita gembira yang dinanti-nantikan.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zulkarnain Abd. Rahman , keputusan Jabatan Peguam Negara itu dibuat setelah mengambil kira sentimen masyarakat yang memaafkan pasangan itu daripada tuduhan menculik Yin. Pasangan tersebut dibebaskan daripada tuduhan menculik Yin pada 9 Mei lalu.
Episod ‘Yin’ benar-benar menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia. Keadaan ini dibuktikan dengan bantuan yang datang dari pelbagai pihak sewaktu pencarian Yin oleh pihak berkuasa sendiri, pertubuhan politik, badan-badan amal malah dari orang perseorangan.
Semuanya mahu mencari Yin dan berharap dia selamat ditemui. Harapan ini lebih-lebih lagi dipikul ayah Yin, Shamsul Ghazali Shamsudin, 34, sehinggakan dia pernah mengeluarkan kenyataan tidak akan mengambil tindakan kepada mereka yang telah ‘mengambil’ Yin daripadanya asalkan anak kecil itu dipulangkan selamat.
Jarak masa 15 hari kehilangan Yin memang cukup untuk menimbulkan pelbagai spekulasi hingga ada yang meramalkan Yin sudah dibawa keluar negara. Namun, sebagaimana yang diketahui ramai, pada 14 April lalu Yin telah diserahkan kembali kepada ibubapanya oleh pasangan warga Myanmar, Noor Shida Nur Islam, 27 dan Mohd. Abdul Rahman Ali Rahman, 37. ‘Majlis’ penyerahan itu turut disaksikan oleh Ketua Polis Negara sendiri, Tan Sri Musa Hassan. Tiada sebarang tangkapan dibuat pada hari Sabtu yang bahagia itu.
Sekali lagi spekulasi berputar di media kemungkinan Yin sebenarnya dipaksa jadi pengemis. Gambar kaki Yin yang mengelupas dan kepalanya yang telah dibotakkan ‘menyedapkan’ rencah cerita. Tiba Isnin, 16 April 2007, pasangan yang meletakkan Yin di bawah lindungan mereka selama 15 hari telah ditahan reman atas dakwaan menculik dan mengurungnya.
Masyarakat menuduh Shamsul Ghazali tidak bersyukur dan mungkir janji. Mereka mahukan Shamsul meminta polis agar tidakmengambil apa-apa tindakan ke atas Noor Shida dan Mohd Abdul Rahman. Shamsul dilaporkan menerima lebih 70 pesanan mesej ringkas (SMS) setiap hari dari masyarakat yang berang dengannya.
Timbul persoalan adakah Shamsul Ghazali patut dipersalahkan dalam hal ini. Adakah Shamsul mempunyai hak untuk memilih sama ada untuk mendakwa pasangan itu atau tidak?
Menurut Nik Bahrum Nik Abdullah, seorang peguam dari Kota Bharu, masyarakat tidak sepatutnya menyalahkan bapa Yin atas penahanan pasangan Noor Shida dan Abdul Rahman. “ Apabila laporan polis dibuat tentang sesuatu insiden, polis akan melaksanakan tugasnya menyiasat dan mengambil keterangan dari mana-mana pihak yang disyaki. Tidak timbul di sini soal bapa Yin hendak dakwa atau tidak. Ia sudah menjadi kes polis,” kata Nik Bahrum.
Beliau menambah “ Jika seorang kerani kehilangan duit majikannya ketika diarahkan untuk mengeluarkannya dari bank, adalah perkara biasa sekiranya dia ditahan reman 2 hungga 3 hari untuk membantu siasatan.”
Nik Bahrum yang juga berkelayakan sebagai peguam syarie menjelaskan mengikut undang-undang Islam, kes Yin tidak boleh diletakkan di bawah hudud ataupun qisas.“Jika ini kes qisas (seperti bunuh) keluarga mangsa ada hak untuk memaafkan si pembunuh kerana ini dianggap sebagai hak manusia. Tetapi kes budak hilang seperti ini sudah jadi maslahah umum. Pelaku sudah ‘berdosa’ dengan masyarakat. Ia dikira sebagai kes ta’azir dan menjadi hak kerajaan untuk memainkan peranan,” ujar Nik Bahrum.
Sementara itu, Nik Salida Suhaila Nik Saleh, pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia berpendapat apa yang telah dilakukan oleh pihak polis itu satu tindakan yang betul. “Mengambil hak orang lain dan menyimpannya untuk jangka masa yang lama tanpa usaha yang lebih jelas untuk mencari siapa tuan punya sebenar adalah satu kesalahan dalam Islam. Sementelahan lagi, apa yang sedang kita bincangkan sekarang berkaitan dengan seorang ‘manusia’. Jadi sudah tentu isunya lebih berat lagi,”jelas Nik Salida.
“Walaubagaimanapun, dalam kes Yin, melalui laporan akhbar, elemen hendak menyelamatkan Yin dari bahaya adalah lebih besar. Niat pasangan tersebut adalah untuk melindungi Yin dari mara bahaya di sekelilingnya.
“Pada pandangan saya, Noor Shida dan Mohd Abdul Rahman sebenarnya sudah terhukum apabila ditangkap dan direman. Pemisahan buat sementara waktu dengan anak mereka itu sudah boleh dikira sebagai satu hukuman dan sudah cukup untuk mendidik masyarakat agar tidak melakukan perkara yang sama iaitu tidak “menyimpan” barang yang dijumpai buat masa yang lama. Sebaliknya hendaklah berusaha sedikit untuk mencari “tuan punya” seperti menghantarnya ke balai polis berdekatan,”kata Nik Salida lagi.
Mengenai ‘kemaafan’ yang diberi oleh Shamsul, Nik Salida bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh peguam Nik Bahrum sebelum ini bahawa isu Yin adalah berkaitan dengan ta’azir dan bukannya qisas yang memperuntukkan hak memberi maaf kepada keluarga mangsa.
“Hak untuk memaafkan dalam undang-undang jenayah Islam hanyalah terdapat dalam kesalahan qisas iaitu kesalahan-kesalahan menyebabkan kematian manusia dan kecederaan badan. Contohnya dalam kes bunuh, semua fuqaha’ berpendapat bahawa jika pembunuh itu dimaafkan oleh keluarga mangsa, hukuman qisas (bunuh balik) akan gugur dengan sendirinya.
“Jika negara kita mempraktikkan undang-undang syariah pun, hak memberi maaf itu tidak ada pada Shamsul Ghazali. Jadi diharap masyarakat tidaklah terus lagi menyalahkan ayah Yin ini,” pinta Nik Salida.
Kelewatan Noor Shida dan Mohd Abdul Rahman menghantar balik Yin kepada ibubapanya tidak dapat dinafikan adalah satu kesalahan.
Sebagaimana kata Noor Shida dalam satu laporan“Polis tidak salah kerana menangkap saya dan suami kerana mereka hanya menjalankan tugas.
“Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang memberi perhatian kepada kami dan kami akan cuba lupakan perkara yang telah berlaku bagi meneruskan kehidupan,” katanya.

Sebenarnya isu ‘maaf’ yang dibangkitkan masyarakat secara tidak langsung mengingatkan kita kembali kepada kehebatan hukum Islam. Dalam undang-undang syariah, “maaf’ dari keluarga mangsa dalam kes qisas boleh menyelamatkan nyawa sipenjenayah. Walaupun kes Yin tidak boleh disifatkan sebagai kes qisas, namun perbincangan mengenai perlunya kita kembali kepada hukum Allah sepatutnya dihangatkan kembali.