Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim tidak lama lagi sudah pasti akan melepaskan jawatan tersebut dan menumpukan fokus kepada amanah yang lebih senioritinya. Jadi siapa yang akan mengganti tempat beliau? Timbalannya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dimaklumi seorang yang bijak dan berilmu tetapi 'taraf' sebagai anak Mursyidul Am adalah satu 'beban'. Ke mana pun beliau, orang akan tetap mengaitkannya dengan ayahandanya itu. Kecualilah jika semua orang dapat 'menutup' mata dan melihat kepada kebolehannya sahaja. Bagaimana pula dengan Naib Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman? Wakil rakyat Mengkebang berusia 38 tahun ini sering mendapat pendedahan di dada akhbar dan dilihat sentiasa agresif ke hadapan membuat pelbagai kenyataan. Tetapi adakah dia yang sewajarnya dinaikkan? Pada ambo yang ada empat mata ini, Ustaz Teh kena belajar lebih lagi kalau berhasrat mahu jadi pemimpin utama. Ingatan ini bukan kepada Ustaz Teh sahaja teapi juga kepada semua yang mungkin masih berpegang kepada prinsip jaga air muka. Tidak ada tempat untuk jaga air muka dalam perjuangan. Amanah kena diberi kepda yang berhak dan Ustaz Teh ambo rasa mungkin lebih sesuai di tempat lain. Kenyataan terbaru beliau dalam laporan Harakah di bawah boleh jadi dalil kepada firasat ambo tadi...
PETIKAN BERITA HARAKAH
Oleh : Salmah Mat Husain
KOTA BHARU: Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Anuar Musa, diminta melepaskan jawatannya berikutan kegagalan beliau membentuk peminat yang berdisiplin.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, memberitahu Anuar seharusnya melepaskan jawatan itu dan diserahkan kepada kerajaan negeri sebagaimana yang berlaku di negeri-negeri lain.
Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden rusuhan bola sepak oleh penyokong pasukan ‘Red Warriors’ itu malam Selasa lalu di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, di sini.
Menurutnya, amat wajar persatuan skuad merah putih itu diserahkan kepada kerajaan negeri untuk dipinda struktur organisasinya dan sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini sudah pasti ianya akan diselesaikan caranya yang tersendiri.
“Sebagaimana yang berlaku di negeri-negeri lain, persatuan bola sepak di setiap negeri di bawah seliaan kerajaan negeri kecuali Kelantan.
“Siapa yang mengetuai Kafa nanti biarlah pucuk pimpinan kerajaan negeri sendiri yang akan tentukan sama ada Menteri Besar sendiri atau sesiapa,”ujarnya lagi.
Beliau bagaimanapun melahirkan rasa dukacita terhadap kejadian itu sambil menyifatkannya menjejaskan imej buruk kerajaan negeri khususnya masyarakat Kelantan itu sendiri.
Tambahnya, seharusnya kejadian begitu tidak lagi berlaku di era kini.
Latif bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung insiden terbabit memandangkan beliau belum mendapat maklumat jelas berhubung perkara itu.
“Mungkin apa yang berlaku akibat kesilapan teknikal, tetapi jangan terlalu emosi, tidak puas hatipun masih ada saluran yang betul untuk diselesaikan setiap masalah,”ujarnya lagi.
1 comment:
Sapo-sapo hok nok duk situ, kena buae peranga lok leh....mari meeting lambat....mari jarang-jarang....kononnya sibuk bedaah....dan ambo tak menyebelh mana-maana pihak..
Post a Comment