KOTA BHARU : Adun Galas, Chek Hashim Sulaiman yang terlibat dengan kemalangan jalan raya bersama keluarganya baru-baru ini telah selamat keluar dari wad di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 5 April lalu.
Sumber yang terdekat dengan beliau memberitahu Mingguan Wasilah, Chek Hashim kini berehat di rumahnya di Tok Bali, Pasir Puteh. Tulang rusuknya patah akibat kemalangan yang berlaku semasa hujan.
Dalam insiden pada 21 Mac itu, beliau bersama isteri keduanya, Aida Zakaria dan empat orang anak mereka dalam perjalanan dari Gua Musang ke Pasir Puteh dan terbabas ke dalam longkang di Km 36, Ciku 2, Jalan Gua Musang-Kuala Krai.
Aida dan anak lelaki bongsu mereka Amsha, dua tahun, yang turut diwadkan sebelum ini dibenarkan pulang lebih awal oleh pihak hospital.
Tiga anak yang lain hanya mengalami kecederaan ringan.
Wakil rakyat Pas ini menang dengan memperolehi 4,399 undi berbanding penyandang kerusi Dun Galas sebelumnya, Mohamad Saufi Deraman dari Barisan Nasional (BN) yang hanya mendapat 3,753 undi.
Apa yang menarik , wakil Pas yang dipertanggungjawabkan menunggu ketibaan Chek Hashim dan keluarganya yang dipindahkan dari Hospital Kuala Krai ke hospital di Kota Bharu pada tengah malam hari kejadian kesemuanya adalah aktivis parti berbangsa Cina yang diketuai Pengerusi Kelab Penyokong Pas Kebangsaan, Sdr Hu Pang Chaw.

No comments:
Post a Comment