Sunday, April 20, 2008

MB NIZAR PANDAI 'KECEK' KELANTAN



IPOH : Menteri Besar Perak , Datuk Seri Ir Mohammad Nizar sekali lagi memukau mereka yang berada di sekeliling beliau apabila berupaya bercakap dengan dialek Kelantan dengan begitu fasih sekali semasa dikunjungi rombongan kerajaan negeri Kelantan di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 15 april baru-baru ini.


Nizar yang sebelum ini mempamerkan kemahiran bercakap dalam bahasa Mandarin, Hokkein, Tamil, Hindustan dalam pelbagai majlis melibatkan kaum terbabit telah beramah mesra dengan rombongan tersebut dalam loghat Kelantan dan mendapat pujian daripada mereka yang terkejut dengan kebolehan 'terbaru' Menteri Besar itu.


"Saya belajar bercakap Kelantan dari kawan-kawan. Ramai yang bekerja bersama saya dalam parti adalah orang Kelantan jadi saya sudah biasa," katanya ketika ditanya bagaimana beliau belajar loghat itu.


Jelasnya, kebolehan beliau dalam pelbagai bahasa sebenarnya sedikit sebanyak telah dilebih-lebihkan oleh pihak media. Nizar memberitahu beliau sebenarnya bukan pakar dalam setiap bahasa yang dituturkan tetapi sekurang-kurangnya beliau tidak akan 'keliru' sekiranya disapa seseorang dalam bahasa selain Melayu.

No comments: