Tuesday, October 28, 2008

IBRAHIM MASUK UMNO...TIDAK BERANI LA!


Ahli Parlimen Pasir Mas (Bebas), Datuk Ibrahim Ali tidak akan masuk Umno dan Barisan Nasional (BN) semula jika beliau benar-benar fikirkan kebaikan dan keselamatan dirinya dunia dan akhirat.


Putera Katak yang disunting Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk satu urusniaga politik yang menguntungkan bagi parti itu pada pilihan raya umum ke 12 lalu tidak dinafikan dalam keadaan keluh kesah untuk melompat sekali lagi ke dalam Umno.


Walaubagaimanapun, hulubalang Melayu ini yang mengambil kata-kata dan tindak tanduk Tun Mahathir Mohamad sebagai kitabnya pasti tidak lupa bahawa beliau sudah bersumpah atas nama Allah untuk kekal sebagai calon yang berdiri atas platform Pas dan Bebas jika menang dalam pilihan raya umum itu.


Ikrar yang dilafazkan setiap seorang calon Pas Kelantan di hadapan Tuan Guru Nik Aziz menjelang pilihan raya itu akan menjadi igauan dan sekaligus ingatan paling tuntas untuknya setiap kali berangan mahu tidur sebantal dengan Umno walaupun kini beliau nyata sudah berselimut dalam gebar yang sama. HIDUP IBRAHIM ALI!

Tuesday, October 14, 2008

ROSMAH DAN KABINET...

Khabar Daripada Orang-orang Besar

Dimaklumkan oleh seorang orang besar, Datin Seri Rosmah Mansur sekarang membengangkan kepala pegawai di Kementerian Kewangan, tempat baru suaminya, apabila beliau pula meminta sebuah bilik pejabat disediakan untuknya. Dikhabarkan juga sebuah bilik yang sama pernah diwujudkan di Kementerian Pertahanan. Tidak dikhabarkan pula 'portfolio' apa Rosmah akan dipertanggungjawabkan dalam kementerian tersebut. Kemungkinan besar 'Divisyen Membeli-belah Luar Negara'.

Khabar kedua daripada seorang lagi orang besar, santapan 'nasi lemak' yang disediakan untuk bapak-bapak Menteri setiap kali mesyuarat kabinet diadakan bernilai hampir RM200 seorang. Dikhabarkan santapan yang disediakan itu datangnya dari sebuah hotel terkemuka. Kemungkinan besar nasi lemak tersebut mencapai taraf 100 bintang.

NIK AZIZ KETUAI DOA DI DEWAN PERNIAGAAN DAN PERINDUSTRIAN CINA NEGERI KELANTAN



Majlis Hari Raya bersama masyarakat Tionghua di Kota Bharu yang dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada 13 Oktober 2008

Saturday, October 11, 2008

BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA ?

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH, THE PRINCE FROM KOTA BHARU
DATUK SERI ANWAR IBRAHIM, THE REAL RAKYAT's PRINCE???

Wednesday, October 8, 2008

SUAPAN MINDA BUAT PENYOKONG PAS ... SILA BERFIKIR DI LUAR KOTAK

(gambar dari http://www.zainalhalim.com/)
KEDUDUKAN MELAYU SUDAH SELAMAT

Prof Dr Abdul Aziz Bari, UIAM ( Kolum Perspektif dalam SINAR 6 Oktober 2008)

Muka depan Harakah edisi Idilfitri minggu lalu menyiarkan amaran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Apa yang dikatakan amaran ini bagaimanapun sebenarnya lebih merupakan syarat Pas menyertai Kerjaan pakatan rakyat yang diwar-warkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang di Parlimen.
Ketua Umum PKR itu sebelum ini menyasarkan 16 September - yang juga hari pembentukan persekutuan Malaysia- sebagai tarikh pembentukan kerajaan baru di peringkat persekutuan.
Bagaimanapun ia tidak menjadi kenyataan kerana undi tidak percaya tidak dapat dibentangkan. Ini kerana Perdana Menteri dan Barisan Nasional menghalangnya; sesuatu yang tidak mungkin berlaku di negara-negara yang kualiti dan komitmen demokrasinya tinggi.
Dalam sistem Westminster di mana sokongan majoriti di dalam dewan adalah nyawa kepada kerajaan yang memerintah. Ia tidak boleh ditangguhkan.
Sebab itu semua pihak, dari Yang di- Pertuan Agong, Speaker dewan, pembangkang hatta kerajaan sendiri, memastikan bahwa mekanisma undi tidak percaya itu dihidupkan. Ini sangat perlu supaya urusan rutin pentadbiran kerajaan dapat diteruskan. Kerajaan yang kesahan dan kredibilitinya dipersoalkan tidak akan dapat melakukan fungsi itu dengan berkesan.
Apakah Pas sengaja hendak menggagalkan projek politik Anwar itu tidaklah dapat dipastikan. tetapi parti itu pernah mendakwa bahawa ia disisihkan dalam perancangan dan perjalanan Pakatan Rakyat yang didakwanya didominasi Anwar dan PKR. Bagaimanapun sekutu yang lain - yakni DAP - tidak membangkitkan soal itu.
Malahan Pas diberi kepercayaan memimpin kerajaan Pakatan di Perak meskipun ia memiliki bilangan kerusi paling kecil berbanding PKR dan DAP. Apa pun ini adalah kehendak Perlembagaan yang menetapkan bahawa hanya orang Melayu dan Islam sahaja yang boleh dilantik menjadi Menteri Besar.
Berbalik kepada syarat tadi kelihatannya hanya Abdul Hadi dan beberapa orang pemimpin tertentu dalam Pas sahaja yang berpandangan begitu. Termasuk dalam kumpulan ini adalah Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan Pengarah Pilihan Raya parti, Datuk Mustapha Ali. Mereka juga kelihatannya begitu berminat untuk bersama dengan Umno.
Bagaimanapun ini dibantah oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Di belakang Menteri Besar Kelantan ini ialah anggota exco beliau, Datuk Husam Musa dan beberapa pemimpin kanan Pas yang lain termasuk Setiausaha Agung Datuk Kamarudin Jaafar. Untuk catatan Julai lalu Muktamar Pas secara rasmi membuat ketetapan bersama Pakatan Rakyat.
Sebab itu sikap Abdul Hadi dan kumpulannya memeranjatkan. Ia juga sukar untuk difahami kerana Mustafa sendiri pernah melalui pengakaman pahit sewaktu Pas berada dalam Barisan pada 1974-1977; kerjasama yang berakhir dengan pemecatan Pas dan perisytiharan darurat di Kelantan pada 1977.
Dalam pada itu abdul Hadi dan Mustafa gagal memenangi Terangganu pada pilihan raya Mac lalu. Mustafa adalah juga Pesuruhjaya Pas negeri yang turut gagal memenangi sebarang kerusi. mereka juga gagala mempertahnakan negeri itu pada pilihan raya umum 2004; Pas menang dalam Pilhan Raya Umum 1999. Abdul Hadi kemudian dilantik menjadi menteri Besar dan mustafa sebagai exco kanan dan penggerak utama pentadbiran negeri.
Dengan kata lain, mereka menuntut sesuatu yang mereka sendiri gagal melakukannya. syarat itu juga tidak relevan dalam konteks Perlembagaan kerana kedudukan Melayu dan islam sudah selamat. Masalah yang ada sekarang timbul akibat dasar dan kesilapan Umno yang tidak mengisi kerangka dari perun tukan itu dengan baik. Masalah itu juga berpunca dari sikap orang Melayu sendiri yang terus manja dan bergantung kepada kerajaan.
Mengandaikan Anwar mempunyai 112 ahli Parlimen yang majoritinya bukan Melayu dan bukan Islam itu sebenarnya bukan berbahaya sebagaimana yang didakwa oleh Abdul Hadi dan kumpulannya. Ini kerna bukan semua akan masuk kabinet; kebanyakan mereka akan hanya jadi penyokong kerajaan.
Jadi apa yang abdul Hadi dan kumpulannya takutkan? bukankah dalam Islam sendiri apa yang penting ialah kualiti dan bukan kuantiti? Perang Badar di zaman Rasulullah SAW membuktikan prinsip ini.
Tegasnya syarat Abdul Hadi dan kumpulannya tidak dapat difahami, baik dari segi politik mahupun Perlembagaan. Setelah lebih 51 tahun merdeka kita memerlukan satu pendekatan politik yang baru. Tetapi ia memerlukan prasarana tertentu termasuk pemerkasaan segala peruntukan di dalam Perlembagaan. Dan ini tidak mungkin berlaku di dalam pentadbiran sekarang.
Memang, tidak ada jaminan bahawa pakatan akan menjamin ia berlaku. Bagaimanapun, sekurang-kurangnya, ia telah memberikan janji dan komitmen ke arah itu. Dan kalau ia gagal rakyat akan menghukum Pakatan dalam pilihan raya akan datang.
Apa yang Abdul Hadi dan kumpulannya mahu tidak selaras dengan ideal untuk memperkasa sistem dua parti yang amat penting untuk membolehkan mekanisme perlembagaan berfungsi. Dan terpulanglah kepada Pas untuk mengambil tindakan bagi melaksanakan keputusan muktamarnya sendiri.
Walau apa pun tindakannya ia penting kerana ia akan menentukan sama ada parti itu akan terus relevan dan menjadi pemain utama dalam politik negara atau sebaliknya.
ulasan penyalin teks : ALLAHU AKBAR! SELAMATKAN GERAKAN ISLAM DAN RAKYAT MALAYSIA!

TAZKIRAH BUAT UMNO YANG 'MUNGKAR' INTEGRITI

Where hope and integrity once ruled

CERITALAH By KARIM RASLAN (The Star)

In the era of the ‘cikgu’ activist, Umno leaders recognised that great power meant an even heavier sense of duty, but times have changed.

As Umno division meetings start up this week, I would like to remind the party’s activists and provincial leaders of the gap between themselves and the people they’re supposed to be representing.

After five decades in power Umno has lost touch. Moreover, there is no sense of urgency.
When people write or even talk about Umno nowadays they tend to use words like “balance”, “relevance”, “responsibility”, “integrity” and “honesty”, and in virtually every example it’s the lack of these qualities that observers criticise.

In the past, Umno (whatever critics may say now), possessed an inalienable connection with its core voter base, the Malay community. There was trust. There was respect and there was competence. Indeed the party in the era of the "cikgu" activist was one with its members and the people; they lived together, they ate together and they woked together.

Pada masa lalu, UMNO (apa pun yang dikatakan pengkritik sekarang), mempunyai hubungan seimbang dengan pengundi-pengundi asas nereka, iaitu masyarakat Melayu. Ada kepercayaan. ada rasa hormat dan ada kecekapan. Pendek kata parti pada era penggiat 'cikgu' adalah 'satu' dengan ahli-ahli dan rakyat; mereka hidup bersama, makan bersama dan kerja bersama.

At the same time the party’s leaders always understood the importance of being both Malay and Malaysian. They recognised that they carried a responsibility of leadership “ that great power meant an even heavier sense of duty, witness Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Of course, times change. Economic growth and prosperity has altered the Malay community dramatically “ there are clear winners and losers, with the “cikgu” unfortunately among the “losers”. Still the party’s response to these shifts in prosperity has been neither effective nor productive.

The influx of rent-seekers and businessmen has turned Umno into a clearing house for government contracts. Self-interest has prevailed and the poor (and not-so-poor) of all races have been forgotten.

Memanglah, masa berubah. Pertumbuhan ekonomi dan kekayaan telah menyedarkan masyarakat Melayu secara mendadak - boleh dilihat dengan jelas siapa yang untung dan siapa yang rugi, dengan 'cikgu' adalah antara yang rugi. Namun tindakan parti terhadap perubahan dalam kekayaan tidak berkesan dan tidak produktif. Kebanjiran usahawan dan ahli perniagaan telah menukar Umno menjadi pusat agihan kontrak-kontrak kerajaan. Maka wujudlah kepentingan peribadi, da mereka yang miskin (juga yang tidak berapa miskin) dan berbagai-bagai kaum telah dilupakan.

In Port Klang there is an extremely potent symbol of this disconnect between the party and the Malays (let’s not even mention how the non-Malays feel).

There is a house "more like a mansion or palace" that epitomises this terrible breakdown between the party and the people. Indeed, it is the ultimate symbol of all that’s gone wrong with the great party of Merdeka.

Sebagai contoh, di Pelabuhan Klang terdapat satu simbol yang agak menjolok mata untuk menggambarkan betapa tiada hubungan antara parti dengan orang Melayu (lebih-lebih lagi dengan orang bukan Melayu). Ada sebuah rumah - lebih sebagai mahligai atau istana - yang jelas menunjukkan ketidakseimbangan (harga) antara parti dan rakyat. Sebenarnya, simbol-simbol seperti itu yang merosakkan parti zaman Merdeka, sebuah parti yang telah ditubuhkan oleh golongan rendah.

I should add that I come across brilliant, committed and professional Malay men and women regularly. When I ask them about Umno, they grimace. Some, because they’re so frustrated with the party can get quite angry (the anger in part comes from their disappointment with the party’s present predicament).

Whatever the case, very few people talk nowadays of wanting to join Umno and “working from within” to affect change, though I must say there are one or two idealistic fellows, and I wish them well.

Instead, I meet countless people who have chosen to serve the nation by working with PAS, PKR or DAP (such as Transparency International’s Tunku Abdul Aziz , now a vice-chairman of the DAP).

But first let me tell you about this house.

Imagine driving through the port town’s traffic-clogged streets. You turn off the main road and enter a humble working-class neighbourhood, a warren of modest single-storey terrace houses.

You notice that many of the houses don’t even have fences or a front gate.

Suddenly, from a distance, you see what appears to be a tower looming above the terrace houses. It is an elegant two possibly three-storey structure, something akin to a lighthouse. The tower is gorgeous. It is beautifully built, white-clad and exquisite. You ask yourself: Is this a dream?

Turning the corner you come face-to-face with a set of lavish wrought-iron gates, the design for which is highly stylised and flamboyant. Stepping out of your car, you gaze through the gates into a world that is quite separate from the simple homes all around.

On the left, there is a large, beautifully-tended lawn, and on the right, a covered car park for countless luxury vehicles. Directly ahead of you is the house itself. It is like a vision transported from the pages of Architectural Digest or Vogue Living.

There are two capacious porte-cocheres with outside chandeliers, picture windows and fine detailing. You pause and think. This is “Damai Abadi”, the residence of the late Datuk Zakaria Mat Deros, a former Umno division chief.

You’ve read the stories posted on the Internet. You’ve seen the pictures but somehow the reality is all the more astounding because most of the time it’s hard to believe what you see and read on the Internet.

If like me, you’ve been an Umno supporter (albeit qualified) all your life, you’ll step back into your car and drive off, knowing that you have witnessed something profoundly tragic and sad: a betrayal of hope and integrity.

Tetapi pertamanya biar saya jelaskan mengenai rumah di Pelabuhan Klang tadi. Bayangkan anda sedang memandu di bandar pelabuhan yang sentiasa sesak drengan lampu isyarat. anda meninggalkan jalan besar dan memasuki kawasan kediaman golongan pekerja - sederet rumah setingkat yang amat sederhana. Anda nampak sesetengah rumah tidak ada pagar.

Tiba-tiba di kejauhan anda nampak seolah-olah ada menra tinggi di celah-celah rumah teres yang serba kekurangan itu. Itu adalah struktur serba mewah - dua atau tiga tingkat- yang seakan-akan rumah api. Menaranya kelihatan hebat sekali. ia dibina dengan indah, kelihatan amat eksklusif. Pasti anda akan bertanya : adakah ini satu mimpi?

Melihatnya dari dekat, anda akan nampak rumah besar ini yang serba mewah, reka bentuk yang luar biasa dan penuh gaya. Apabila anda keluar dari kereta dan meneliti rumah ini dengan lebih dekat, anda dapati ini adalah dunia yang berbeza dengan rumah-rumah murah di sekelilingnya.

Di sebelah kiri ada laman luas yang indah, dan di sebelah kanan ada tempat letak kereta berbumbung dan terdapat beberapa buah kereta mewah. Dan rumah yang anda sedang lihat itu sama seperti yang ditunjukkan di halaman-halaman majalah 'Architectural Digest' atau 'Vogue Living'. Segala-galanya serba mewah dan luar biasa.

Anda menelan air liur dan berfikir - inilah Damai Abadi, kediaman arwah Datuk Zakaria Mat Deros, seorang bekas Ketua Bahagian Umno. Anda telahpun membaca kisahnya di internet. Anda telah melihat gambarnya di internet, tetapi keadaan sebenarnya lebih menakjubkan kerana kadangkala sukar untuk mempercayai apa yang anda lihat dan baca di internet.

Jika anda seperti saya, yang menyokong Umno (dengan bersyarat) seumur hidup ini, pasti anda akan masuk semula ke adalam kereta dan meninggalkan tempat itu, sebab anda telah melihat sesuatu yang tragik dan menyedihkan; satu kemungkaran terhadap harapan dan integriti - kematian sebuah parti besar dan berakhirnya satu era dalam kehidupan rakyat Malaysia.

SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN DR MAZA... SABAR DAN TUNGGU KERAJAAN BARU NAIK...KEADILAN AKAN DITEGAKKAN!


KONTRAK MUFTI PERLIS TAMAT BULAN INI
KANGAR 6 Okt. – Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin akan bertemu dengan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bagi membincangkan kontraknya yang akan tamat bulan ini.

Kata Mohd. Asri, beliau telah menghantar surat permohonan berkhidmat semula dengan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini sebelum menguruskan pemergian untuk membuat kajian di luar negara.

‘‘Saya telah maklumkan kepada USM untuk kembali berkhidmat dengan universiti itu dan akan berjumpa dengan Tuanku Raja Perlis dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai perkara ini. Surat kepada kerajaan negeri saya akan hantar kemudian.

‘‘Sepatutnya kontrak saya tamat pada 2009 tetapi disebabkan masalah tertentu membabitkan pengurusan, saya bercadang mengambil keputusan ini dan mungkin kontrak saya akan tamat dalam bulan ini (Oktober),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai khabar angin yang mengatakan khidmatnya sebagai Mufti Perlis akan ditamatkan.

Mohd. Asri dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 November 2006 menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin yang bersara wajib.

Mohd. Asri yang berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Pengajian Hadis dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) merupakan antara mufti termuda di negara ini.

Beliau yang dilahirkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pernah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1427 peringkat negeri Perlis sewaktu berkhidmat sebagai pensyarah Pengajian Islam di USM.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika mengulas penamatan kontrak Mufti Perlis itu berkata, tindakan tersebut tidak menghormati keputusan kerajaan negeri terdahulu yang menyambung perkhidmatan Mohd. Asri sehingga tahun depan. (UTUSAN MALAYSIA)
(Disiarkan pada Oct 07, 2008)
Oleh kerana isu perletakan Jawatan Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin sebagai Mufti Perlis telah menjadi polemik, maka dengan ini dikeluarkan beberapa kenyataan rasmi;
Isu ini diharapkan tidak dipanaskan lagi kerana beliau telah membuat keputusan dan surat beliau kepada USM untuk kembali bertugas telah pun dihantar dengan rasminya.
Beliau juga berterima kasih kepada Negeri Perlis yang telah memberi peluang kepadanya sepanjang tempoh yang lepas.
‘Permainan silap mata politik’ adalah perkara yang biasa berlaku dalam negara ini, namun maksud tersebut tercapai dengan mudah kerana beliau sendiri mempunyai hasrat untuk berhenti.
Terima kasih kepada Kerajaan Perlis yang lepas dan juga Pihak Istana Perlis yang selama ini memberikan ruang yang amat baik.
Tanggungjawab dakwah dan seruan kepada kebenaran akan diteruskan seperti biasa.
Perletakan ini juga adalah bukti bahawa pandangan, teguran atau sokongan tidak bertujuan mendapat kedudukan dan jawatan.
Beliau kemungkinan akan pergi membuat cuti penyelidikan di luar negara dalam masa yang terdekat.
Ruang dakwah dan memberikan pandangan insyaAllah masih terbuka di masa hadapan dengan apa yang akan Allah permudahkan.
Pandangan yang berpaksi prinsip sentiasa terpaksa membayar harganya, dan ini mungkin sebahagian daripadanya.
Diharapkan mereka yang berjawatan yang sama selepas ini sentiasa memberikan pandangan untuk kebaikan imej Islam, rakyat dan negara.
Beliau berdoa kepada Allah agar dalam tempoh dua tahun yang lepas semasa beliau bertugas sebagai mufti beliau telah berbuat sesuatu dalam pembinaan prinsip dan minda rakyat berasaskan kepada kefahaman dari al-Quran dan al-Sunnah.
Kontrak muftinya akan tamat pada akhir Oktober 2008.
Terima kasih kepada banyak pihak; rakyat dan pemimpin yang telah memberikan sokongan moral dan semngat yang begitu padu selama ini.
** Penjelasan rasmi daripada Mufti Perlis ini disediakan oleh webmaster drmaza.com

NURSING PERSONAL HICCUPS BEFORE '916' BECOMES A REALITY...


So you sailed away
Into a grey sky morning
Now I'm here to stay
Love can be so boring
Nothing's quite the same now
I just say your name now
But it's not so bad
You're only the best I ever had
You don't want me back
You're just the best I ever had
So you stole my world
Now I'm just a phony
Remembering the girl (boy)
Leaves me down and lonely
Send it in a letter
Make yourself feel better
But it's not so bad
You're only the best I ever had
You don't need me back
You're just the best I ever had
And it may take some time to
Patch me up inside
But I can't take it so I
Run away and hide
And I may find in time that
You were always right
You're always right
So you sailed away
Into a grey sky morning
Now I'm here to stay
Love can be so boring
What was it you wanted
Could it be I'm haunted
But it's not so bad
You're only the best I ever had
I don't want you back (it's a lie)
You're just the best
I ever had
The best I ever had
The best I ever
THANK YOU VERTICAL HORIZON