Wednesday, October 8, 2008

SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN DR MAZA... SABAR DAN TUNGGU KERAJAAN BARU NAIK...KEADILAN AKAN DITEGAKKAN!


KONTRAK MUFTI PERLIS TAMAT BULAN INI
KANGAR 6 Okt. – Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin akan bertemu dengan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bagi membincangkan kontraknya yang akan tamat bulan ini.

Kata Mohd. Asri, beliau telah menghantar surat permohonan berkhidmat semula dengan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini sebelum menguruskan pemergian untuk membuat kajian di luar negara.

‘‘Saya telah maklumkan kepada USM untuk kembali berkhidmat dengan universiti itu dan akan berjumpa dengan Tuanku Raja Perlis dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai perkara ini. Surat kepada kerajaan negeri saya akan hantar kemudian.

‘‘Sepatutnya kontrak saya tamat pada 2009 tetapi disebabkan masalah tertentu membabitkan pengurusan, saya bercadang mengambil keputusan ini dan mungkin kontrak saya akan tamat dalam bulan ini (Oktober),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai khabar angin yang mengatakan khidmatnya sebagai Mufti Perlis akan ditamatkan.

Mohd. Asri dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 November 2006 menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin yang bersara wajib.

Mohd. Asri yang berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Pengajian Hadis dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) merupakan antara mufti termuda di negara ini.

Beliau yang dilahirkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pernah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1427 peringkat negeri Perlis sewaktu berkhidmat sebagai pensyarah Pengajian Islam di USM.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika mengulas penamatan kontrak Mufti Perlis itu berkata, tindakan tersebut tidak menghormati keputusan kerajaan negeri terdahulu yang menyambung perkhidmatan Mohd. Asri sehingga tahun depan. (UTUSAN MALAYSIA)
(Disiarkan pada Oct 07, 2008)
Oleh kerana isu perletakan Jawatan Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin sebagai Mufti Perlis telah menjadi polemik, maka dengan ini dikeluarkan beberapa kenyataan rasmi;
Isu ini diharapkan tidak dipanaskan lagi kerana beliau telah membuat keputusan dan surat beliau kepada USM untuk kembali bertugas telah pun dihantar dengan rasminya.
Beliau juga berterima kasih kepada Negeri Perlis yang telah memberi peluang kepadanya sepanjang tempoh yang lepas.
‘Permainan silap mata politik’ adalah perkara yang biasa berlaku dalam negara ini, namun maksud tersebut tercapai dengan mudah kerana beliau sendiri mempunyai hasrat untuk berhenti.
Terima kasih kepada Kerajaan Perlis yang lepas dan juga Pihak Istana Perlis yang selama ini memberikan ruang yang amat baik.
Tanggungjawab dakwah dan seruan kepada kebenaran akan diteruskan seperti biasa.
Perletakan ini juga adalah bukti bahawa pandangan, teguran atau sokongan tidak bertujuan mendapat kedudukan dan jawatan.
Beliau kemungkinan akan pergi membuat cuti penyelidikan di luar negara dalam masa yang terdekat.
Ruang dakwah dan memberikan pandangan insyaAllah masih terbuka di masa hadapan dengan apa yang akan Allah permudahkan.
Pandangan yang berpaksi prinsip sentiasa terpaksa membayar harganya, dan ini mungkin sebahagian daripadanya.
Diharapkan mereka yang berjawatan yang sama selepas ini sentiasa memberikan pandangan untuk kebaikan imej Islam, rakyat dan negara.
Beliau berdoa kepada Allah agar dalam tempoh dua tahun yang lepas semasa beliau bertugas sebagai mufti beliau telah berbuat sesuatu dalam pembinaan prinsip dan minda rakyat berasaskan kepada kefahaman dari al-Quran dan al-Sunnah.
Kontrak muftinya akan tamat pada akhir Oktober 2008.
Terima kasih kepada banyak pihak; rakyat dan pemimpin yang telah memberikan sokongan moral dan semngat yang begitu padu selama ini.
** Penjelasan rasmi daripada Mufti Perlis ini disediakan oleh webmaster drmaza.com

No comments: