Tuesday, October 28, 2008

IBRAHIM MASUK UMNO...TIDAK BERANI LA!


Ahli Parlimen Pasir Mas (Bebas), Datuk Ibrahim Ali tidak akan masuk Umno dan Barisan Nasional (BN) semula jika beliau benar-benar fikirkan kebaikan dan keselamatan dirinya dunia dan akhirat.


Putera Katak yang disunting Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk satu urusniaga politik yang menguntungkan bagi parti itu pada pilihan raya umum ke 12 lalu tidak dinafikan dalam keadaan keluh kesah untuk melompat sekali lagi ke dalam Umno.


Walaubagaimanapun, hulubalang Melayu ini yang mengambil kata-kata dan tindak tanduk Tun Mahathir Mohamad sebagai kitabnya pasti tidak lupa bahawa beliau sudah bersumpah atas nama Allah untuk kekal sebagai calon yang berdiri atas platform Pas dan Bebas jika menang dalam pilihan raya umum itu.


Ikrar yang dilafazkan setiap seorang calon Pas Kelantan di hadapan Tuan Guru Nik Aziz menjelang pilihan raya itu akan menjadi igauan dan sekaligus ingatan paling tuntas untuknya setiap kali berangan mahu tidur sebantal dengan Umno walaupun kini beliau nyata sudah berselimut dalam gebar yang sama. HIDUP IBRAHIM ALI!

No comments: