KOTA BHARU : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menegur sikap lelaki yang mengabaikan nafkah kepada isteri dan mengingatkan mereka balasan neraka yang menanti di akhirat kelak.
“Apabila berkahwin ada dua perkara yang mesti diingati suami, nafkah zahir dan nafkah batin kepada isteri.
“Nafkah zahir adalah yang berkaitan tempat tinggal, pakaian dan memberi makan. Kesemuanya ini adalah perkara wajib yang mesti disediakan oleh seorang suami kepada isterinya. Umpamanya sewa rumah, ia wajib dilangsaikan oleh suami dan isteri berhak menolak sekiranya diminta berbuat demikian walaupun dia berharta,” kata Nik Aziz disambut anggukan para hadirin terutamanya golongan wanita.
Ujarnya jika ada juga sumbangan daripada isteri, itu adalah perkara sukarela sahaja dan Islam tidak pernah mewajibkan para isteri berbuat demikian.
“Mengenai nafkah batin pula , orang Melayu selalu menyempitkan fikiran dengan menghadkan ia berkaitan dengan tidur bersama antara isteri dan suami.
“Ia bukan sekadar itu tetapi nafkah batin meliputi suami menenangkan jiwa dan hati siisteri. Jangan buat seorang isteri rasa dia bagaikan orang gaji. Beritahu isteri ke mana dan apa yang mahu dibuat agar siisteri tidak tertanya-tanya.
“Telefonlah siisteri apabila sudah sampai ke tempat yang hendak dituju. Tenangkan hatinya. Orang perempuan kena sokong saya bab ini,” kata Nik Aziz sambil disambut hilai tawa pendengar.
Tambahnya, kalau isteri tidak memaafkan suami maka silelaki akan disumbat ke dalam api neraka.
Beliau berkata demikian semasa memberi kuliah di Medan Ilmu pada Jumaat lalu membicarakan pengajaran dari ayat ke 7 Surah At-Tur yang mengingatkan manusia bahawa azab Allah tetap akan berlaku.

No comments:
Post a Comment