ADUN PAS Ismail Yaakob, 60, (kiri) meninggal jam 6 pagi, 22 Mei 2009 kerana komplikasi akibat penyakit kencing manis. Berikut keterangan gambar yang diambil pada tahun lepas.
“Pendekar Melayu abad ke 21…” Adun Manek Urai, Ismail Yaakob (kiri) dan Adun Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman, bergaya hebat dengan persalinan baju Melayu dan songket lengkap dengan keris bersarung. Gambar diambil pada hari pembukaan rasmi Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) Dewan Negeri Kelantan, 20 Oktober lalu. Sidang DUN Kelantan kali ini akan berakhir pada 29 Oktober 2008. Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak dapat hadir pada awalnya kerana dinasihatkan doktor berehat di hospital telah mula datang pada 23 Oktober.
No comments:
Post a Comment