Friday, September 26, 2008

CERITA SISI PERTEMUAN NIK AZIZ - CIKGU PA

"Saya tak tahu pun mereka berjumpa..."dakwa Husam.
Nik Aziz dan Cikgu Pa di JKR 10

Kiambang sudah bertaut – Nik Aziz

KOTA BHARU : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui sedikit ‘perpecahan’ (kerenggangan) sudah terjadi antara beliau dengan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali berikutan pandangan negatif Mustafa tentang pelan peralihan kuasa 16 September oleh Pakatan Rakyat yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tentulah (ada perpecahan). Tetapi tidak mengapa, walaupun sudah berpecah tapi kita bertaut balik,” kata Nik Aziz kepada pemberita.

“Kiambang tidak boleh tidak akan (beralih) apabila perahu lalu, tapi selepas itu ia akan bertaut balik,” katanya lagi. Mustafa telah dipanggil beliau untuk menemuinya di Kota Bharu pada 18 September lalu.

Mustafa dalam wawancaranya di lidah rasmi Pas, Harakah dalam keluaran 1374 menyatakan pimpinan tertinggi Pas sendiri tidak ghairah dengan pelan tersebut dan ‘tidak sempat’ mengkaji siapa pula yang ghairah. Katanya adalah lebih bermoral untuk Pas dan Pakatan Rakyat bekerja lebih kuat untuk meraih kepercayaan rakyat dalam pilihan raya akan datang dan bukan dengan cara ‘lompatan’ ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Beliau mengatakan peralihan kuasa tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat dan memberikan pelbagai alasan teknikal seperti Parlimen tidak bersidang di bulan Ramadhan. Kenyataan Mustafa yang tidak senada dengan pimpinan seperti Nik Aziz dan Naib Presiden, Datuk Husam Musa itu seperti cuba menghentikan momentum pelan peralihan kuasa dan dilihat memberi bonus kepada BN. Kata-kata beliau turut dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia.

Nik Aziz dalam keluaran Harakah berikutnya menyifatkan Mustafa telah menyanggahi keputusan Muktamar Pas Ogos lalu yang bersetuju sebulat suara memperkasakan Pakatan Rakyat. Beliau berkata Mustafa bercakap sepeti orang Umno. Dalam laporan Harakah tersebut, Mursyidul Am Pas itu memberikan bayangan tidak menjadi masalah sekiranya sesiapa yang berlawanan dengan keputusan parti untuk keluar dari Pas sama seperti tindakan Yang Dipertua Pas dahulu, Allahyarham Datuk Asri Muda.

“Ada sekali-sekala ayah dan anak adalah (berbalah) tetapi tidak mengapa. Apabila kita berjumpa semula antara satu sama lain, keadaan sebenar dapat diperjelaskan. Ayah sayang kepada anak, anak hormat kepada ayah,” kata Nik Aziz selepas pertemuan untuk menjernihkan keadaan dengan Mustafa itu.

Sementara itu Mustafa berkata beliau menganggap hubungannya dengan Nik Aziz seperti ayah dan anak.

“Ada masa anak akan ditegur oleh ayah. Apabila Tuan Guru tegur saya dalam Harakah, saya telah memberi pesanan sms kepada Annual (Setiausaha Politik Nik Aziz) sampaikan terima kasih saya kepada Tuan Guru. Saya percaya tentu ada sesuatu kenapa beliau tegur saya dan hari ini baru saya faham sebabnya, “ katanya. Beliau enggan menyatakan apa penjelasan yang telah dibuat.
Ujarnya, tidak ada krisis berlaku dalam Pas dan tidak wujud pergeseran sebagaimana disangka banyak pihak.

Sejurus selepas Mustafa beredar dari kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan tersebut, Husam dilihat tiba berjumpa dengan Nik Aziz. Naib Presiden Pas itu walaubagaimanapun menafikan tahu ada pertemuan telah berlaku antara Nik Aziz dan Mustafa ketika beliau ditanya pemberita di perkarangan Mahkamah Majistret Kota Bharu selepasnya.

“Saya tidak tahupun dia datang. Ada atau tidak perjumpaan itu saya tidak tahu,” katanya ketika hadir memberikan sokongan kepada penulis blog Syed Azidi Syed Abdul Aziz, 38, yang ditahan reman atas tuduhan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan.

Wednesday, September 24, 2008

BENTUK KERAJAAN : Anwar kena pantas, Agong perlu bertindak



Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)


KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang di Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu pantas dalam menyusun gerak untuk membentuk kerajaan persekutuan. Selain itu beliau juga perlu mempunyai langkah-langkah alternatif untuk dilakukan sekiranya langkah awal yang diambil gagal atau dihalang.

Demikian pendapat yang diberikan Profesor Dr Abdul Aziz Bari kepada Mingguan Wasilah ketika dihubungi baru-baru ini. Pakar undang-undang perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu berkata, Perlembagaan Persekutuan begitu terbuka dan tidak memberikan preskripsi jelas tentang cara dan prosedur untuk membentuk kerajaan dalam keadaan sekarang.

“Selain itu apa yang kita alami ketika ini juga tidak pernah berlaku. Meskipun pertukaran kerajaan melalui undi tidak percaya dan penarikan sokongan pernah berlaku di peringkat negeri, ia tidak pernah berlaku di peringkat persekutuan,” tambahnya.

Bagaimanapun, jelas beliau, ia bukan kerana undang-undang yang berlainan. Abdul Aziz berkata undang-undang yang terpakai tetap sama tetapi pihak UMNO dan Barisan Nasional pasti menyusun pelbagai helah untuk terus berkuasa.

“Ini tidak berlaku di negara-negara Westminster yang lain termasuk United Kingdom, Australia dan India di mana kerajaan jatuh dan bangun dianggap perkara biasa dan tidak memeranjatkan sesiapa. Sebaliknya di Malaysia ia seperti dunia hendak kiamat,” ujar beliau. Bahkan, tambahnya, fenomena pertukaran kerajaan juga berlaku begitu mudah di negara-negara Asia seperti Jepun dan Thailand.

Ditanya tentang prosedur membentuk kerajaan Abdul Aziz menyatakan: “Soal ini tidak dinyatakan dengan terperinci. Meskipun begitu ada peruntukan-peruntukan tertentu yang berkenaan selain daripada amalan yang konsisten di dunia Komanwel yang boleh dijadikan rujukan. Menurut Suruhanjaya Reid inilah cara memahami dan melaksanakan peruntukan-peruntukan berkenaan.”

Katanya, apa yang perlu dilakukan sebaik-baik sahaja Anwar menyatakan bahawa beliau mempunyai bilangan ahli parlimen (MP) yang cukup untuk membentuk kerajaan – yakni minimum 112 orang – ialah Yang di-Pertuan Agong menitahkan beliau mengadap.
Dalam pertemuan itu, katanya lagi, baginda berhak meminta senarai berkenaan dan boleh menitahkan ahli-ahli parlimen yang menyeberang untuk memberitahu baginda pihak mana yang mereka sokong.

Sekiranya baginda yakin bahawa telah ada 112 orang MP yang menyokong Anwar maka baginda boleh melantik beliau sebagai Perdana Menteri baru. Pada masa sekarang BN menguasai 140 daripada 222 kerusi Parlimen manakala Pakatan Rakyat 82 termasuk satu kerusi wakil rakyat bebas.

“Pada hakikatnya apabila 112 orang MP telah berada di belakang Anwar maka secara automatik jatuhlah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dari kerusi Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong hanya perlu menitahkah beliau meletakkan jawatan sebagaimana yang diwajibkan oleh Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan,” jelas Abdul Aziz lagi.

Ditanya apa yang akan terjadi kepada Abdullah beliau berkata: “Tidak ada apa-apa, beliau akan jadi ahli parlimen biasa. Mungkin akan dilantik jadi Ketua Pembangkang sekiranya dipersetujui oleh ahli-ahli parlimen yang tidak menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.”

Abdul Aziz berkata Abdullah bebas untuk membentangkan usul undi tidak percaya kepada Anwar dan kerajaan baru yang dipimpinnya. “Abdullah mungkin boleh jadi Perdana Menteri semula jika beliau berjaya menjatuhkan Anwar,” ujar beliau.

Pensyarah undang-undang UIAM itu mengingatkan bahawa perletakan jawatan oleh Abdullah adalah merangkumi seluruh anggota kerajaan beliau; yakni menteri-menteri kabinet dan semua timbalan menteri serta setiausaha parlimen.

Tentang permintaan Anwar kepada Abdullah supaya sidang khas parlimen diadakan Abdul Aziz berkata: “Kita sudah jangka bahawa Abdullah akan menolak kerana ia adalah permintaan supaya Abdullah membenarkan dirinya ‘diadili’ oleh dewan.”

Beliau menegaskan sepatutnya sidang seperti itu boleh diadakan dan tidak harus ditolak. Sebab itu, katanya lagi, kerajaan jatuh melalui undi tidak percaya begitu lumrah di negara-negara lain. Beliau menambah itulah yang menjadi masalah dengan sistem politik kita. “Politik kita tidak mengikut undang-undang dan budaya politik yang betul. Sebab itu timbul ugutan hendak menggunakan ISA dan sebagainya,” tambahnya.

Di negara-negara Westminster yang lain, usul tidak percaya boleh dikemukakan bila-bila masa dan semua kerajaan bersedia untuk menghadapinya. “Sebaliknya kerajaan kita lari lintang pukang, mengemukakan pelbagai helah dan mengemukakan pelbagai ancaman untuk kekal berkuasa. Ini pelik dan memalukan Malaysia,” ujar beliau lagi.

Menurutnya, perlembagaan tidak menyatakan sama ada sokongan atau penarikan sokongan oleh para MP perlu ditunjukkan di dalam dewan atau sebaliknya. “Saya berpendapat meskipun perlembagaan tidak menyebutnya eloklah jika usul berkenaan dibentangkan di dalam dewan. Ia lebih telus dan jelas. Malangnya kerajaan cabut lari dan enggan menghadapi dan setakat ini Yang di-Pertuan Agong tidak mengambil tindakan. Saya berpendapat baginda perlu bertindak; contohnya menitahkan supaya kerajaan menghadapi usul itu atau menitahkan supaya parlimen bersidang,” jelasnya,

Abdul Aziz berpandangan perkembangan yang ada sekarang sudah sampai ke tahap yang kritikal dan Yang di-Pertuan Agong perlu mengambil inisiatif untuk meredakan keadaan.
Beliau bagaimanapun mengakui bahawa keadaan ini tidak pernah berlaku. “Tetapi saya fikir perlembagaan memberikan ruang dan kita perlulah kreatif. Lagipun kita boleh merujuk kepada amalan Komanwel sebagaimana yang disyorkan oleh Suruhanjaya Reid,” katanya.

Ditanya tentang kes liwat yang dihadapi oleh Anwar beliau berkata itu adalah isu yang berasingan. “Meskipun Anwar Perdana Menteri, beliau tidak mempunyai imuniti; yakni beliau tidak kebal di sisi undang-undang. Jadi pendakwa dan mahkamah tidak tertakluk kepada perintah beliau. Mungkin beliau boleh mempengaruhi pendakwa supaya menggugurkan kesnya tetapi saya fikir itu akan menjatuhkan kredibilitinya sendiri. Lagipun Anwar menang atas janji dan komitmen untuk mengembalikan kebebasan kehakiman dan kedaulatan undang-undang,” ujarnya.

Mengenai kedudukan Islam dan orang Melayu, Abdul Aziz berkata perubahan kerajaan tidak semestinya mengancam kedudukan berkenaan. “Peruntukan perlembagaan mengenai perkara-perkara itu terletak ditangan Raja-Raja dan tidak boleh dipinda tanpa perkenan mereka. Selain itu pelaksanaan Perkara 153 (tentang hak keistimewaan orang Melayu) perlu dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja”.

Abdul Aziz menambah setelah 51 tahun merdeka isu berkenaan tidak sepatutnya dibesar-besarkan. “Sekiranya kedudukan Islam dan orang Melayu masih lemah bukankah ia menunjukkan kelemahan UMNO sendiri?” soal beliau.

Apapun, tegas beliau, persoalan Islam dan Melayu adalah terletak di tangan Raja-Raja dan mereka perlu mengambil peranan proaktif untuk mempertahankannya. Abdul Aziz berkata tidak timbul soal kebimbangan kerana meskipun jumlah MP Melayu dan Islam didakwa kecil beliau berkata ia boleh diimbangi dengan melantik menteri Melayu dan Islam yang cukup.


“Bukan semua MP yang menyeberang itu akan dilantik menjadi Menteri. Mereka hanya akan menjadi penyokong kerajaan (backbenchers) di dalam Kerajaan Pakatan Rakyat,” jelasnya lagi.

Tuesday, September 23, 2008

HADI IMAM NIK AZIZ DAN ANWAR




(SIASAH)
KOTA BHARU, 23 Sept: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan khas dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini hari ini.
Pertemuan itu bermula jam 12.05 tengahari tadi di rumah rasmi MB Kelantan, JKR 10.
Presiden PAS, Abdul Hadi kelihatan mula-mula sampai di situ iaitu kira-kira jam 11.50 pagi diikuti Nik Aziz yang sampai kira-kira jam 11.55 pagi. Anwar pula tiba kira-kira jam 12.05 tengahari.
Hanya mereka bertiga sahaja terlibat dalam pertemuan tertutup itu.
Turut mengiringi Anwar ke JKR 10 adalah anggota Parlimen dari PKR Saifuddin Nasution Ismail, Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketua PKR Kelantan) dan Amran Abdul Ghani.

Saturday, September 20, 2008

A TRIBUTE TO BARIAH ISHAK AND SYED AZIDI SYED ABDUL AZIZ, the parents of four beautiful kids...


I'd give up forever to touch you'Cause I know that you feel me somehowYou're the closest to heaven that I'll ever beAnd I don't want to go home right nowAnd all I can taste is this momentAnd all I can breathe is your life'Cause sooner or later it's overI just don't want to miss you tonightAnd I don't want the world to see me'Cause I don't think that they'd understandWhen everything's made to be brokenI just want you to know who I amAnd you can't fight the tears that ain't comingOr the moment of truth in your liesWhen everything feels like the moviesYeah you bleed just to know you're aliveAnd I don't want the world to see me'Cause I don't think that they'd understandWhen everything's made to be brokenI just want you to know who I amAnd I don't want the world to see me'Cause I don't think that they'd understandWhen everything's made to be brokenI just want you to know who I amAnd I don't want the world to see me'Cause I don't think that they'd understandWhen everything's made to be brokenI just want you to know who I amI just want you to know who I amI just want you to know who I amI just want you to know who I am THANK YOU GOO GOO DOLLS



17 september ; diambil dari rumahnya di Demit, Kota Bharu pada jam 5.05 petang, dibawa ke IPD Kota Bharu

18 september ; perintah reman dua hari diputuskan di mahkamah majistret Kota Bharu

19 september ; reman dilanjutkan satu hari di mahkamah majistret Kuala Lumpur

20 september ; bebas pada jam 4.30 petang

KESALAHAN : MEMINTA RAKYAT MENZAHIRKAN KESEDIHAN DENGAN NASIB NEGARA

AKTA HASUTAN 1948 (AKTA 15)

Seksyen 4. Kesalahan-kesalahan.

(1) Sesiapa yang-

(a) melakukan atau cuba melakukan,atau membuat apa-apa persediaan untuk melakukan,atau bermuafakat dengan mana-mana orang untuk melakukan apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut,atau,jika dilakukan,tetap mempunyai kecenderungan menghasut;

(b) menyebut apa-apa perkataan menghasut;

(c) mencetak,menerbitkan,menjual,menawarkan untuk dijual,mengedarkan atau mengeluar ulang apa-apa penerbitan menghasut;atau

(d) mengimpot apa-apa penerbitan menghasut,

adalah melakukan suatu kesalahn dan,apabila disabitkan,boleh bagi kesalahan kali pertama dikenakan denda tidak lebih dari lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya dan,bagi kesalahan kemudian,boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih dari lima tahun;dan apa-apa penerbitan menghasut yang didapati dalam milik orang itu atau yang digunakan sebagai keterangan dalam pembicaraannya hendaklah dirampas dan bolehdimusnahkan atau dilepaskan dengan apa-apa cara lain mengikut sebagaimana diarah oleh mahkamah.

(2) Seseorang yang ada dalam miliknya dengan tiada sebab yang sah apa-apa penerbitan menghasut adalah melakukan suatu kesalahn dan,apabila disabitkan,boleh bagi kesalahan kali pertama dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih darpada lapan belas bulan atau kedua-duanya,dan bagi kesahan yang yang kemudian,boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun,dan penerbitan itu hendaklah dirampas dan boleh dimusnahkan atau dilepaskan dengan apa-apa cara lain mengikut sebagaimana diarah oleh mahkamah.

IBRAHIM MAHU HANTAR BALIK ORANG CINA?


Ibrahim semasa berucap di majlis Forum Kemerdekaan 30 Ogos lalu

KOTA BHARU : Baru-baru ini heboh digembar-gemburkan mengenai Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang menganggap kaum Cina hanya ‘penumpang’ di bumi Malaysia semasa berceramah pada 25 Ogos lalu dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Tindakannya yang menimbulkan kemarahan ramai itu bagaimanapun tidak menghalang sesetengah pemimpin berbangsa Melayu yang lain mengeluarkan kenyataan hampir serupa.

Ahli Parlimen Pasir Mas (Bebas), Datuk Ibrahim Ali turut memberi pendapat seiras dengan Ahmad di Forum Kemerdekaan anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) yang mana beliau adalah Presiden.

Ibrahim yang berucap sebelum ucaptama yang disampaikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, telah mencadangkan tentang kemungkinan menghantar orang Cina balik ke negara China. Tidak diketahui niatnya sama ada sebagai gurauan atau rencah menyedapkan ucapan.

“Kalau kita hantar orang Cina balik ke Tanah China pun boleh kerana mereka berpeluang berniaga di sana yang kini sudah menjadi ‘world factory’ (kilang bagi dunia). Tetapi saya terfikir jika semua Cina balik, mati juga orang Melayu kerana kedai-kedai di sini dikuasai masyarakat mereka,” katanya sambil mengakui kaum Cina di negara ini terlibat sama dalam membangunkan negara.

Majlis di Kota Bharu itu yang membincangkan tentang Fasal 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan Bahasa Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu seolah-olah cuba dijadikan medan menaikkan kemarahan orang Melayu kepada bangsa lain dengan ucapan berapi oleh seorang bekas wakil rakyat Umno.

Salah seorang daripada tiga panelis forum yang dijemput pula bagaikan mempunyai ‘personal vendetta’ (dendam peribadi) kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dengan suara yang menggegar telah merujuk Anwar sebagai pemimpin pengkhianat bangsa (Melayu) kerana sikapnya yang terbuka dengan orang bukan Melayu.

Manakala ahli jawatankuasa majlis yang duduk di kalangan hadirin pula diperhatikan cuba memanaskan suasana dengan bersungguh-sungguh mengiyakan butir kata mana-mana panelis yang agresif membela ‘Melayu’ dan menegur sikap bangsa lain.

Penjelasan yang disampaikan pengerusi forum sendiri iaitu Prof Dr Mohamad Agus Yusof dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) seolah-olah tidak difahami majoriti hadirin yang menganggap hak-hak Melayu terancam akibat perbuatan ‘calon kerajaan baru’ yang mahu mengambil alih negara dan bukannya disebabkan pemerintahan selama lebih lima puluh tahun kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno sebagaimana yang cuba diterangkan kedua-dua tokoh akademik tersebut.

Saturday, September 13, 2008

BRAVO TAN HOON CHENG ! I SALUTE YOU !


Laporan dilakukan secara profesional - wartawan Sin Chew
13/09/2008 6:10pm (UTUSAN MALAYSIA)

BUKIT MERTAJAM 13 Sept. – Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng (gambar atas paling kanan) yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam, tetap mempertahankan laporannya mengenai kenyataan kontroversi Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail.

Hoon Cheng, 33, berkata, laporan berita berhubung kenyataan Ahmad yang mendakwa orang Cina di Malaysia adalah pendatang di negara ini dilakukannya secara profesional.

``Saya hanya tulis apa yang saya dengar,'' katanya yang ditemui di rumahnya sejurus dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, dekat sini kira-kira pukul 2.40 petang ini.

Wartawan wanita itu bagaimanapun memberitahu, sepanjang kira-kira 17 jam di bawah tahanan, beliau dilayan dengan sangat baik oleh para pegawai dan anggota yang bertugas.

``Saya ucapkan terima kasih kepada semua orang termasuk polis kerana mereka layan saya dengan sangat baik,'' katanya yang kelihatan ceria sepanjang ditemubual.

KATA-KATA HIKMAH - Tan ditahan sehari bawah ISA kerana ada ancaman terhadap nyawanya (Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar)
KATA-KATA HIKMAH 2 - Polis yang tangkap sendiri, bukan saya yang arah ... kata Hamid lagi
Bukan kau tidak berjaga jaga
Atau sudah kau hilang rasa
Mahu pun lupa cerita lara
Sampai sudah masih terkenang
Berbelas berpuluh beratus kali engkau
Terbabas terhempas terpulas
Sama lu kita salut lu memang hero
Kita pun kecut perut tengok dari jauh
Sama lu kita salut
Lu memang Jebat
Biar dah banyak balun masih lagi ligat
Di mata kita mereka buta insan kau cinta tak berguna
Tak patut hidup di pentas maya
Biar saja digilis roda
Berbelas berpuluh beratus kali dia
Terbabas terhempas terpulas
Sama lu kita salut lu memang hero
Kita pun kecut perut tengok dari jauh
Sama lu kita salut lu memang Jebat
Biar dah banyak balun masih lagi ligat
Kita semua memanglah suka mahu melihat kau berjaya
Semoga kau dapat cinta yang indah
Sama lu kita salut
Lu memang hero
Kita pun kecut perut tengok dari jauh
Lu memang jebat
Biar dah banyak balun masih lagi ligat
Sama lu kita salut 2X
THANK YOU SPIDER

Friday, September 12, 2008

ISTERI TUAN GURU NIK AZIZ

Isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak. Beliau berusia 14 tahun ketika berkahwin pada November 1962 dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu seorang guru berumur 31 tahun.

SERBAN OH SERBAN !

Fesyen Serban Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Serban Pensyarah Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan

Serban penuntut sekolah tahfiz yang dilipat kemas
Serban pondok tradisional. Gulung je...
Serban Pondok Pasir Tumboh
Serban Tahfiz Ar-Ridha
Steady dik...!


WAKE ME UP WHEN SEPTEMBER ENDS





Summer has come and passed
The innocent can never last
Wake me up, When September ends
Like my father's come to pass, seven years has gone so fast
Wake me up, When September ends
Here comes the rain again,Falling from the stars;
Drenched in my pain again,Becoming who we are
As my memory rests, But never forgets what I lost
Wake me up, When September ends
Summer has come and passed
The innocent can never last
Wake me up, When September ends
Ring out the bells again
Like we did when spring began
Wake me up, When September ends
Here comes the rain again,Falling from the stars;
Drenched in my pain again, Becoming who we are
As my memory rest, But never forgets what I lost
Wake me up, When September ends
Summer has come and passed
The innocent can never last
Wake me up, When September ends
Like my father's come to pass
Twenty years has gone so fast
Wake me up, When September ends
Wake me up, When September ends
Wake me up, When September ends....
(THANK YOU GREEN DAY)

Friday, September 5, 2008

HUDUD - TANGGUNGJAWAB KERAJAAN FAHAMKAN RAKYAT

Petikan salinan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan. Ia mengandungi 72 seksyen dan enam bahagian tidak termasuk bahagian permulaan yang menerangkan tentang bila ia mula berkuatkuasa, tafsiran dan jenis-jenis kesalahan.

Exco kerajaan negeri Kelantan, Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah.


KOTA BHARU : Selain daripada kekangan politik dan undang-undang, halangan paling utama pelaksanaan hukuman jenayah Islam adalah penerimaan rakyat sendiri tentang hukum tersebut.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang juga exco kerajaan negeri Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah berkata masyarakat masih tidak faham kerna terpengaruh dengan dakyah Barat yang mengatakan hulkuman Islam tidak bertamadun.

“Orang Barat asyik mengatakan hukuman Islam ‘barbaric’ (kejam).Padahal di barat pun masalah jenayah tidak selesai. Undang-undang banyak berada di pihak penjenayah. Apabila seseorang disabit kesalahan bunuh, maka mereka akan kata jangan dihukum bunuh dia, kasihanilah dia. Tetapi kita tidak kasihan kepada orang yang mati dibunuh dan keluarga yang menanggung. Mentaliti ini yang perlu diubah,” katanya.

Untuk rekod, kes bunuh dalam Islam diletakkan di bawah hukuman takzir di mana keluarga mangsa diberi peluang untuk meminta bunuh balas atau bayaran denda ataupun pengampunan diberi kepada sipenjenayah.

Menurut Mohd Amar keadaan di Malaysia juga akan mengambil masa yang lama untuk menyedarkan rakyat.

“Rakyat tidak terdedah dengan apa itu hudud, orang Islam sendiri banyak tidak faham. Kita hanya nampak kerat tangan dan rejam, tapi orang tidak tengok kepada falsafah di sebalik hukuman dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum hukuman itu boleh dibuat.

“Contohnya dalam masalah mencuri, apabila kita baca dalam kitab Ahkamul Quran, tafsir yang ditulis Ibnu Arabi, salah seorang ulama’ mazhab Maliki, beliau meletak sehingga 20 syarat sebelum boleh dipotong tangan. Masyarakat tidak nampak benda ini. Orang nampak hanya potong tangan , tetapi proses untuk sampai kepada peringkat itu, banyak orang tidak tahu,” katanya.

Beliau memberitahu atas dasar inilah kerajaan Kelantan mengadakan Sambutan Hari Hududullah setiap tahun bagi mengingatkan rakyat dan memberi ilmu kepada mereka.

“Tanggungjawab kita yang paling besar adalah memberi penjelasan kepada rakyat supaya dia boleh nampak. Jadi bila dia tahu, maka tidak ada masalah lagi. Contohnya masalah dadah. Orang boleh terima hukuman gantung mandatori. Ia lebih dahsyat daripada hukuman kerat tangan.
"Tetapi rakyat Malaysia boleh terima. Sedangkan ia menyebabkan kehilangan nyawa. Orang yang mengedar dadah tidak bunuh orang, tapi kenapa kita boleh jatuhkan hukuman mati, negara boleh terima, rakyat boleh terima. Tetapi hukuman untuk mencuri dalam Islam hanya kerat tangan sahaja. Lojik-lojik inilah yang kita perlu ketengahkan kepada masyarakat dalam suasana mereka banyak dipengaruhi pemikiran daripada barat,” jelasnya lagi selepas merasmikan Ceramah Perdana Hududullah mewakili Menteri Besar Kelantan di Dewan Besar Balai Islam Lundang baru-baru ini.

Kelantan pernah meluluskan Kanun Jenayah Syariah 11 (1993) yang berkaitan tentang hukuman jenayah hudud tetapi dikatakan mendapat surat kata dua daripada Perdana Menteri pada ketika itu untuk tidak melaksanakannya. Kanun tersebut dirangka oleh ramai cendekiawan Islam termasuk Allahyarham Tan Sri Prof Ahmad Ibrahim dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) iaitu adiguru undang-undang Islam di negara ini satu ketika dahulu.

Sementara itu salah seorang ahli panelis dalam forum bertajuk ‘Hududullah Pemangkin Kemakmuran Negara’ sempena sambutan Hari Hududullah iaitu Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamed Hanipa Maidin menjelaskan majoriti rakyat masih tidak faham tentang hukuman jenayah mengikut Islam kerana maklumat tidak disampaikan kepada mereka seperti yang sepatutnya.

Katanya, ini disebabkan dasar Umno (Barisan Nasional) yang menjadi pemerintah tidak mahu menyalurkan ilmu yang wajib kepada rakyat.

“Beri kita peluang untuk menjelaskan kepada rakyat dalam kaca televisyen umpamanya, Insya Allah ia tidak akan mengambil masa yang lama,” kata beliau yang juga merupakan seorang peguam mewakili Pas.

Agak malang apabila didapati tidak ramai yang menghadiri majlis forum di dataran Stadium Sultan Muhammad ke IV pada malam 13 Ogos tersebut. Tidak sampai dua ribu orang membanjiri lokasi itu yang selalunya di penuhi hadirin dengan jumlah berkali ganda.
Mungkinkah keghairahan rakyat lebih tertumpu kepada Muktamar Tahunan Pas ke-54 di Perak dan perkembangan pilihan raya kecil di Permatang Pauh pada ketika itu ataupun mereka sebenarnya sudah tidak nampak kepentingan hukum hudud?

Wednesday, September 3, 2008

A SONG DEDICATED TO BARISAN NASIONAL (BN)


Well when you goDon't ever think I'll make you try to stayAnd maybe when you get backI'll be off to find another wayWhen after all this time that you still oweYou're still, a good-for-nothing I don't knowSo take your gloves and get outBetter get outWhile you canWhen you goWould you even turn to say"I don't love youLike I didYesterday"Sometimes I cry so hard from pleadingSo sick and tired of all the needless beatingBut baby when they knock youDown and outIs where you oughta stayAnd after all the blood that you still oweAnother dollar's just another blowSo fix your eyes and get upBetter get upWhile you canWhoa, whooaWhen you goWould you even turn to say"I don't love youLike I didYesterday"Well come on, come onWhen you goWould you have the guts to say"I don't love youLike I loved youYesterday"I don't love youLike I loved youYesterdayI don't love youLike I loved youYesterday
THANK YOU MY CHEMICAL ROMANCE