Friday, March 21, 2008

AURA TOK GURU DI MALAM KEMENANGAN PAS




Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa melangkah turun dari Pejabat Badan Perhubungan Pas Kelantan pada malam keputusan Pilihanraya Umum ke 12 , 8 Mac lalu. Mursyidul Am Pas itu telah disambut dengan laungan takbir tanpa henti oleh para penyokong yang sebahagian besarnya terdiri daripada anak muda yang pulang dari rantau. Lebih 5,000 orang telah berkumpul di perkarangan pejabat Pas tersebut bagi menunggu keputusan pilhan raya.

1 comment:

Nik Bahrum Bin Nik Abdullah said...

Saya tidak berkesempatan menyaksikan himpunan besar tersebut. Ketika itu saya berada di Dewan Sek Men Pengkalan Chepa untuk urusan penjumlahan undi. Jenuh nak jawab soalan pemberita 'Tok Guru nak sampai bila'. Saya kata tanya saya dah lah, sebab Tok Guru takkan datang.