Tinggal kenangan... Poster
Bekas Bakal Menteri Besar Kelantan, Datuk Awang Adek Hussein yang kalah di Dun Perupok dan Parlimen Bachok dalam Pilihan Raya Umum Ke 12 baru-baru ini. Beliau kecundang di tangan Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa di kerusi Parlimen Bachok yang disandangnya sebelum ini dengan majoriti yang diperolehi Nasharuddin hampir sekali ganda melebihi dari yang diperolehi Awang pada 2004. Beliau juga tersungkur di kaki orang lama Pas Kelantan, Datuk Omar Mohammed di Dun Perupok dengan majoriti yang meningkat bagi Omar. Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub menyifatkan tindakan Umno Kelantan mencanang Awang sebagai 'bakal Menteri Besar' sebagai satu 'political assasination' yakni pembunuhan karier politik ke atas beliau. Nasharuddin mendapat 28,835 undi berbanding Awang sebanyak 25,934 manakala Omar mendapat 9,505 undi berbanding 8,235 undi yang diperoleh 'Bekas Bakal Menteri Besar Kelantan'.
No comments:
Post a Comment